Monday, 12 November 2012

Suara Hati.

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah , tuhan maha kaya lagi maha esa yang telah menggerakkan seluruh jasad dan hati untuk terus kekal dibumi kelantan. Syukur yang tak terhingga kerana aku masih lagi dapat bernafas ditempat yang mungkin ditempat lain tiada dan berbeza budayanya. Saat ada yang menanyakan kenapa boleh masuk KTD ? mana tahu ada KTD ? wow soalan nih buat aku fikir panjang sangat nak jawab. yeahhh sebab keputusan aku untuk masuk disini bagai lembu dicucuk hidung, aku dilamar oleh makcik aku untuk masuk KTD dgn dua orang kagi cousin aku. yeahhh semua positif, then aku dgn serta merta said "yes , sure " . Bila aku dah smpi sini baru aku terpikir, mcmmana aku boleh buat keputusan nak masuk sini? aku rewind balik waktu waktu seminggu sebelum tarikh masuk , aku rasa aku tak penah pun fikir panjang pasal nak masuk ktd, aku macam hilang ingatan pada waktu tuh. nak nak yang buat aku tak sangka , aku nih basic katering, tapiboleh ambil cos akaun, ohh mase tuh mmg aku tak terpikir. gahhh tapi aku bersyukur sangat sebb tuhan tu tunjuk jalan aku dekat sini rupanya , segalanya banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar,

Hidup aku kini, berpandukan pada yang satu, dengan bimbingan dari orang sekeliling aku . hidup aku bagai lenyap bila aku tak dapat pengisian pengisian dari saban waktu. semua ni bimbing aku takkala aku sedang kesorangan mencari diri yang telah lama sesat jauh. untuk memperbaikinya perlukan masa , serta persediaan mental . Dari sudut hati aku ,aku tak mahu aku berhijrah sorang-sorang, aku mahukan seluruh family aku turut serta, tapi bukan mudah , aku prnah cuba , alhamdulillah ada perubahan, tapi aku tak mahu ianya sekerat jalan. aku hanya insan biasa, tuhan berikan aku kekuatan untuk sam-sama pusing belakang untuk bawak meraka sekalli menuju syurga. yeahh tapi itu lahh, bila yang baik kita lakukan dikatanya buang tebiat,
tapi aku yakin tuhan tuh selalu bantu aku , selalu ada, selalu beri aku kekuatan. 

Aku kembali rapat dengan dunia aku yang dulu, bukan mengapa, dalam diri masih utuh, insyaallah, tapi demi menjaga hati sahabat sahabat aku turut serta dalam acara mereka. Maaf kami bukan selincah mereka yang hapir tidak kenal halal haram , kami masih waras. cuma pergaulan sepeti menjadi perkara biasa , aku cuba untuk menjaga ketika bersama mereka, tetapi aku tidak dapat mencegah kemungkaran dgn tangan apatah lagi dengan percakapan, aku hanya boleh berdoa supaya mereka cepat sedar , bukan apa, aku tidak mahu dipulau kan oleh mereka, aku tidak mahu dikata "wow dah macam ustazah" aku tidak mahu berubah sampai satu tahap org boleh gelar aku bergitu, cukuplah untuk aku tahu dan menjaga apa yang perlu . Aku juga ingin menjaga hati semua , akan ku cuba sebaik mungkin, dalam alu melayari dunia dengan benda baru, aku juga masih teringinkan untuk mencuba benda baru, yang mungkin akan menyerongkan pandangan umum. ohhh patut kah aku teruskan? ?

No comments: