Wednesday, 5 February 2014

Sebuah kisah tiada hujungnya. #Allah


  
Wahai diri bangkit, wahai hati sedar,
 wahai minda cerdas, wahai tubuh cergas.
 Ya Allah andai aku adalah manusia yang hanya separuh untukmu
 maafkan aku , 
andai diri ini pernah lari terpesong, diri ni sangat lemah, tiada sokongan dan harapan.
saat orang sekeliling melihat aku kuat, sebenarnya aku lemah
masih lemah untuk jadi hambamu yang baik.

Sejenak waktu, terkadang, mata dan minda ini tidak pernah terfikirkan akan kekurangan ini, tapi saat kau uji dengan cara mu yang tidak pernah aku jangka, diri ini tersedar, aku tak baik, aku lemah. kecewa. kecewa dengan diri sendiri. 

sekian kalinya juga aku sering menyalahkan takdir, akan tetapi sering juga ada angin yang membawa kabar untuk bersangka baik dengan Allah. 
Allah, susahnya nak bersangka baik dengan kau. Bagaimana? aku sedang mencuba mencari bagaimana ................

Seringkali juga aku bermimpi untuk jadi baik, bagus bukan jika bermimpi, TETAPI
maaf ianya bukan realiti, malah realiti lebih dasyat.

Hari ni , bukan sesi meluah perasan, maybe i should give and take, how? who ? 
tidak larat mahu mengukir senyuman, malah palsu pun mungkin sudah tidak bermaya. 

Sedar yang aku hanya diuji dengan perkara yang kecil, tetapi ianya cukup 
memberatkan jiwa dan raga.

Aku kini sedang mencari ruang-ruang kehidupan, sedang ingin membesar di kalangan hambaNYA. sedang juga belajar bagaimana untuk hidup alam yang bagi aku arus kehanyutan sangat kuat. 
Sedang juga mencari saat malam untuk aku mangabdikan diri.

No comments: