Sunday 2 August 2015

Menjadi AKU

Menjadi aku itu tidak sesedap mata yang melihat, menjadi aku itu penuh dengan suram dan keceriaan, sama seperti enkau yang bernama "Hamba". Awalnya aku dibesarkan didalam keluarga kelas pertengahan. ade rezeki lebih, maka adalah habuan untuk aku. masih ingat lagi waktu abah mengajar aku mengaji, seringkali aku di sebat dgn tali pinggang. sekali lagi disebat dengan batang jorang yang halus, dek kerna aku bermain diluar pada maghrib hari. 

tetapi seingat memori aku, itulah kali akhir aku diaajar mengaji, sbb lepas tu, tok pula yang mengambil alih mengajar aku mengaji, mula sahaja cuti sekolah tak kira siang malam, pagi petang, abah akan menghantar aku ke rumah tok, meski pun pada hari sabtu dan ahad. Menjadi kanak-kanak pada waktu itu aku sangat teruja akan setiap barang yg abah berikan sebagai "habuan" untuk aku supaya mengaji di rumah tok.

apabila, menuju usia remaja, macam dan bagai orang yang aku jumpa dan membuat kawan, orang kesana aku kesana, orang kesini aku kesini, tapi abah jarang memberi izin keluar untuk waktu-waktu trtentu. kebanyakkan tidak melepaskan aku jauh dari kawasan rumah. jika dikut hati yang ingin bebas berjumpa syurga dunia, maka aku lah orang nya, sbb waktu tu aku hilang . aku lupa, aku tinggal semuanya. semuanya yang bernama "iman" kerna diusia remaja aku, takde orang yg membebel pasal sembahyang, takde orang yang ajar aku keindahan bersama tuhan. sehingga jika hendak dilabelkan aku, punya selangkah sahaja untuk menuju neraka atau syurga.

tapi walau setiap langkah aku, Tuhan selalu menarik aku, supaya aku tak jatuh ke mana mana jurang. syukur. hinggalah aku masuk ke satu institusi swasta, ya boleh dikata, disitu aku mengenal sebetul-betulnya tuhan, mengenal orang orang yg ingin menuju syurga, mengenal indah nya cinta cinta kepada Allah, cinta kepada manusia dan alam. hinggakan aku tidak mampu membuat kesimpulan demi kesimpulan, cantik aturan Allah, walau jauh ke Kelantan mencari ilmu, aku harap semua ini tidak sia-sia.

kini, aku berseorang menentang semua yang aku lakukan dulu, ingin meninggalkan semua perkara, ingin mengubah nasib keluarga, ya aku masih keseorangan. masih menanti apakah aturan yang seterusnya. moga Allah rahmati aku dan keluarga.

Saturday 13 June 2015

Ramadhan di Bumi Serambi Mekah.

alamak .. last seen dekat sini adalah 4 bulan lepas. lama juga.
start latihan industri aku mula tak sentuh blog.
alhamdulillah nak masuk ramadhan dah. kurang dari lima hari. syukur ..
moga Allah masih panjangkan umur kita, dan sentiasa memberi ruang dan peluang buat hamba-Nya.

aku mula buat trobek waktu menyambut ramadhan di kelantan, di bumi serambi mekah, bersama classmate, housemate dan soulmate(ehem) . ok . skg aku dah habis belajar, betullah kata org, pejam celik pejam celik je dah habis belajar. lepas ni entah apa la nak buat. skg ni duduk hadap office lagi cuba sambung atleast for one year as permanent staff.

ok sambung balik.

waktu puase dekat kelantan, baru first day puasa dah pasang lagu raya, kau rasa mood apa la waktu tu en, mmasa duduk rumah sewa, dapat turn masak hari first untuk puasa. pergh masa tu masak ikut dan je, sesiapa yang cuti puasa hari tu kene tolong merasa, hahah kalau tak mmg hancor, mmg berbuka semua lemau balik, tapi alhamdulillah dpt housemate tadelah yg berkira sgt pun tak, yg malas sgt pun x, sbb aku rasa aku la yg paling malas hahahaha. yang cerewet ada !! bab makan, hahaha dalam satu rumah ade 4 org budak sabah. depa suma xmakan bawang, ade yg xmakan sgt bawang pun hade.. jimat la kos depa, ketiak pun wangi je. hahaha bukan apa, dah kata siapa mkn bawang nt ketiak berbau. kah kah kah kah . sampai skg aku xpercaya pun. herher sbb ketiak aku wangi je . hahahaha ok back to topic.
first puase aku masa sem 3, masa ni satu sem aku duduk dgn pakcik sdare, masa sem 4 baru lah aku pindah rumah sewa dan dekat situ lah merasa puase dengan kawan kawan. herher.

 masa nih juga aku ade join satu kelab kelisa, (wakil rumah sewa) berbuka skali dgn diaorg, masa tu rasa macam masuk singgah sahur. sbb kami bawak makanan, berbuka skali, makan skali, solat skali. macam YB melawat kawasan pun ade sbb nak pancing undi. aku ade juga pergi berbuka puasa dgn salah satu geng NGO dekat mesia nih, pergh nasi arab makan dlm dulang, best gila situasi masa tu. yg x boleh blah, tukang ajak main ajak je, sampai kami pun main ajak je sesiapa yg kami kenal dan free, yg tukang ajak beres je even xkenal. hua hua. TAPI yang paling best adalah iftar jamaie dekat kolej, makan dekat dewan at-thaqafi, semua course diberi tugasan, semua baik main tolong-tolong, semua soleh, sesiapa yg rase nak cari bakal isteri or suami muhun la pi jenguk dulu kolej aku, cari dekat sana, hahaha

masa iftar jamaie, aku tolong basuh ayam, pakai cantik plak nak pi kelas, skali class batal, kena lah basuh ayam kat blakang, lepas basuh ayam tu ade meeting, dengan bau bau ayam tu lah aku pergi jumpa presiden kelab rekreasi, tp aku warning awal, "weh aku bau ayam ni, td basuh ayam muhun jgn gelak , please" tapi haram dia gelak jugek. hhahaha. yg syoknya iftar jamaie kat kolej, makan ramai-ramai dekat medan at-thaqafi, makan dlm kumpulan. satu kumpulan 6-7 orang. best ahh bagi aku.

tapi solat terawikh dekat ktd mmg ohsem, kalau x budak budak soleh yang bawa makmum, opkos depa (kolej) import dari negera pasir nuh, arab, haha. mmg bacaan panjang weh. aku bukan apa kadang tu culture shock bila bacaan panjang nih, haha. sbb org mesia nih pemalas. haha ok sorry .

tapi ramadhan kali ni, aku harap dapat puasa sepuasa-puase nya dengan family aku, aku tak harap banyak, tapi atleast ada peningkatan. "sesiapa yang berusaha, dia yang berjaya"
Moga Allah dengar hasrat ni.
dan aku harap dapat jumpa semua orang nanti <3

Ramadhan kareem.





Friday 3 April 2015