Wednesday 28 March 2012

Some Antique Stuff Belong Dad.

Bila bercakap pasal barangan antik , pasti semua orang memilikinya walaupun barang tu sekecil zarah ,ye lahh kebanyakkan yang disimpan jarang kita jumpa dan banyak sentimental valuenya . Contoh terdekat abah aku , abah suka sgt simpan barang masa die muda-mudi dulu , bukan tu je , if die pergi kedai lelong ke bundle ke if jumpa barang yang dulu-dulu mesti die akan beli then buat pameran dekat rumahh . Seriusly kekadang rasa macam ' alahh semak je barang-barang nih ' tapi bila pikir lagi , kekadang bangga jugak sebb aku ada barang-barang yang lama yang wujud sebelum aku lahir lagi . Sesiapa yang datang dan masuk rumah aku yang dekat pekan tuh mesti akan juling mata tengok , yelahh kebanyakkan barang yang abah simpan jarang jumpa di tokoh jamu atau apa aja , hahaha  let see some things . 


Piring Hitam , player pun still okay , so bila balik pekan , mmg jarang sgt-sgt mainkan piring hitam nih, bila mood abag teringat dekat barangan antik nihh hah time tuh lahh baru rasa macam dah hidup berpuluh-puluh tahun . Then aku mmg tak tahu nak main kan macammana dan mmg malas nak ambik tahu , haha 


Dan ini aku tatahu ayah aku jumpa kat mana cd yang besar berganda dari yang sekarang tuh , mmg boleh banding sgt lahh , tapi abah cakap disk yang besar tuh limited edition kot , sbb masa keluaran disk ni pun mmg sekejap je masa dulu , lepas tuh dah tada dahh , keluarlahh pulak yang saiz normal sekarang nihh . Yang nihh mmg buat pameran je , sbb nak mainkan pun tade player .


Next , yang gambar atas tuh , camera . Camera tuh still okay cuma abah cakap filem die mahal if nak beli zaman sekarang nihh dan mungkin dah tada , dulu time aku kecil ade lah jugak curi-curi pegang , huh berat jugak , then bila bukak die ada element suprise , hhaah bila nak tutup balik tuh yang susah tuhh mau terkepit jari nihh hah , perit jugakk . Yang gambar bawah tuhh , telefon lama dan piring hitam . time aku kecik dulu pun sempat jugak guna tapi tak lama sbb talian dekat rumah tok kena potong . hihi agak jam sikit lahh nak guna yang nihh , okay piring tuh pulak aku tatahu apa special nya dia sampai kena duduk dalam almari nihh . 

Huh kalau boleh aku nak upload semua gambar barang tapi aku apakan daya , malas sangat . Yang ni pun takat layan je . hihi so kalau rasa nak tengok yang lain , datang lah rumah aku . Hahah 
Till then.. Bye 


 

Monday 26 March 2012

Maafkan aku .


Maafkan aku wei , aku pun tatahu apa yang aku buat . Maafkan aku .

Wednesday 21 March 2012

Terukir dibintang dengan sederhana .

Assalamualaikum..
“Sayangku jangan kau persoalkan cintaku kepada mu , terukir dibintang tak mungkin hilang cintaku padamu .” lallalalalalalalal , Alhamdulillah segalanya baik dan beransur pulih . Terima Kasih Allah . Hari hari semalam berlalu cukup indah , pagi ku dikejutkan dengan bunyi yang menyakitkan telinga , tapi terima kasih wahai jam , “ tanpamu ku kan terlewat , tanpa mu ku kan sedih karena kau lah penyelamat yang akan sentiasa dihati , wooohho . “ bhaha itu kata Amir Jahari .
Seterusnya aku diasak dengan pertanyaan yang membosankan untuk dijawab , ahhhh “ noma kau ni selamba je kan , kiteorg tgh nervous bagai , kau rilex ,cool je muka , tade perasaan ke ? “ and yeahh aku hati kering sikit , “ Malas aku nak beriya selok nervous bagai , karang buatnya kecundang kan lagi teruk . so aku rilex je lahh ! “ Dan akhirnya ,seperti yang aku khabarkan , debaran kemuncaknya masa pengumuman , Alhamdulillah ramai sahabatku mara ke atas pentas , dan aku masih dengan muka yang aku sendiri tatahu , tapi dalam hati “ alamak, alamak , aku punya cammana ? haihhh “ Tuhan je tahu perasaan aku masa tuh .
Masa keputusan dekat tgn aku , aku terpikir satu je , apepun result aku , aku kena redha semuanya , Dan alhamdulillah result aku baik dan sederhana . Pada awalnya agak terkilan jugakkan , tapi alhamdulillah aku dapat kawal jugak perasaan nihh , Turut bangga jugak untuk kawan-kawan aku dgn keputusan mereka , yang pastinya kegembiraan mereka lebih terserlahh . Haihh bila terbaca apa yang kak Farah Lee post rasa terpujuk sikit , hhahaha
“Apa-apa pun keputusannya, pasti terselit hikmah Allah disitu. Always thank Him for this victory. This is just a beginning. Kamu boleh terbang lagi tinggi tapi jangan pernah lupa asal usul kamu dari tanah.
Result bagus bukan tanda kamu sudah berjaya menawan dunia, ia boleh jadi perangkap kepada kegagalan jika kamu terlalu sombong dan teruja..
Result kurang bagus bukan tanda kamu telah terbenam ke bumi, jika racun pun boleh jadi penawar, tidak mustahil kamu boleh bangkit terbang tinggi..”
-Farah Lee . Aja Aja Fighting
P3210322P3210325

P3210317
Okay ni lahh cikgu hothot saya , layan kepala cikgu nihh mmg best tahap gaban . Yang kiri , Guru kelas : guru katering kiteorg , Yang kanan tu Guru disiplin & guru seni . Sbb dieorg satu kepala kan , tengok baju pun sama , haha saya kredit subjek dieorg . Yang tak boleh blahh , kiteorg kena prepare hadiah , perggg cikgu siap list lagi , “ Handbag , Kain Pasang , Jubah “ Mak aii cikgu , mmg stock untuk melaram lepas nihhh . haihhhh insyaAllah lah cikgu ye .hehe


Hari aku diteruskan dengan sepetang bersama mereka , kami kongsi cerita ==’ , gelak bersama ,makan and so on  , dan yang paling meruntun jiwa, haha cewahh bukanlahhh . appreciated sgt sbb budak laki pun join sama , tak sangka dieorg yang beriya nak lepak dengan kite olang  maaa. bah bah bah  …

P3210349P3210355P3210358P3210368

Saat manis ini akan ku kenang hingga harihari terakhirku , mengenali korang adalah satu benda yang sgt indah , berkumpul dengan korang adalah benda yang paling ku nantikan , bergila bersama korang adalah satu benda yang paling gila , yang pasti bertemu dengan korang adalah saat yang paling tidak dapat aku lupa kan wahai kawan-kawan  . Terima Kasih kerana kongsi saat-saat manis ini bersamaku . Sampai mati aku ingat . InsyaAllah 

Salam Sayang Kawan  .

Monday 19 March 2012

Hampir sudah ..

vfds

Selamat Pagi Malaysia , yeahh Alhamdulillah hari ini aku bangun terlampau awal dan membuatkan aku terus terjaga dan tidak ingin berlena lagi . Agak pelik kenapa aku bangun begitu awal , seawal 4 pagi . Entah kenapa mata terus tak boleh lelap , perut pulak bergelek-gelek menahan lapar , yeahh baru teringat malam tadi balik rumah terus tidur , lupa yang aku tak sumbak ape-apa pun semalam . Ermmm umpama bangun untuk bersahur , aku bingkas juga kedapur untuk mencari apa-apa yg boleh dimakan . Mujur ada nasi , lalu aku hangat kan , waktu begini yang paling senang adalah telur dadar , ggrrrr menu sempoi janji kenyang , ohh lupa kicap sbgi penyeri masakan . hahah patut lahh makin legamm , haihhh . Adakah ini makan malam atau breakfast ? Ahhh bla bla persyaiton kan semua tuh .

Dalam kebingungan melayan kau yg tgh baca blog nih baru teringat yg aku cuma tinggal beberapa jam je lagi nak tamat kan perjuangan . macam yakin boleh je kan , Apa pun keputusannya aku redha , cuma ta dapat aku jangka bagaimana perasaan aku kelakk , mak aii . Tapi aku bagai mengejar masa yg belum tiba , iaitu esok , teringin sangat merasai bagaimana perasaan nya . Ahh nak jelaskan pun aku tak pandai , yang pasti hanya aku sorang merasai nya , taktahu lah kalau org lain .

Wahai rakan seangkatanku , waktu kita hampir tiba , esok adalah penentunya , Allahuakbar ! Jom doa ramai-ramai moga esok , hati kita tenang dalam menerima segala keputusan . Tapi aku rilek lagi , cuak tak timbul lagi , ggrrrr  Er adik aku ada tanya , “kenapa kau tak g masuk tingkatan 6 ? apelah berhenti sekolah , tak cerdik tau nanti “. “Eh eh kau nih , aku dah habis sekolahlah “ , “tipu , patutnya kau kena masuk smpi tingkatan 6 , baru betul habis sekolah macam aku nih , dah smpi darjah nam “ , “ eh eh kau nih , aku hempuk kang nak ?'” haihh aku tahu kau tak cukup lagi sekolah dik . Apa boleh buat mulut macam bertih jagung , tapi alhamdulillah lepas aku terangkan , then aku hempok kepala dia , baru lah diam . erhhh

Hari ni agak bosan  , tade plan , cuma petang nanti nak pergi pasar malam , jenjalan . Percaya tak , aku pergi pasar malam , yang aku akan beli adalah air je , yang lain aku takan beli . Sbb nt mak aku membebel , makanan kat rumah ade tapi sibuk pergi beli yang lain . membazir katanya . Redharedha . haihhh , Well my friend is coming back , tadi dia msg , dapat je msg die terus make a call , ggrr die dah ada dekat sini , excited norrrr .

“Abah nak buat lesen boleh ?” “ Lesen mende nak buat ?” “ Lesen Kereta lah abah oi “ “ Lesen kereta , hah ye lahh “ .. hermmm excited bukan main nihh , tapi sayang dah 3 bulan berlalu , aku masih lagi ta buat lesen . ggrrr dgn abah yang busy , smpai tak igt nak cara pasai lesen aku . ermm aku pun jadi malas nak tanya kat abah , tggu lah smpai die betul2 serius nak suruh aku buat . malas nak kacau dia , lagi pun sekarang ekonomi merosot sikit , utk kendurilahh , segala bil dan apa-apalahh . ……

Miss, please stop your writing because im really tired and need a rest . Please stop and Go away ! Awayyy !!!

Sampai hati . Kfine 

Sunday 18 March 2012

Coming Up Next..

 

  • Result SPM –>not ready yet , and not so nervous right now , will be so nervous 30 minute before get the result . Ergg Erhhh pray for me Send a kissand wish me luck Thumbs up.
  • Travel –> Still Planning , maybe I’ll go to Terengganu. Kami hanya merancang tapi Allah yang tentukan .
    Terengganu .
  • Ermm tunggu orang masuk meminang . HAHAHA

 

Errr Aslmkum . Island with a palm tree

Friday 16 March 2012

Imishu Kawan .

Kawan penghibur duka dan pencetus hiba , Kawan melayangkan senyuman yang aku sendiri tidak dapat mengerti maksudnya , adakalanya Kawan membawa kepada tangisan duka dan lara .
Kawan datang seketika , tapi pergi entah kemana , Sentiasa disisi namun seakan tidak bererti , ahh kosong , mencari sesuatu yang tak pasti , agar perhubungan ini masih kekal di satu sudut hati aku dan tidak sepi dimamah rasa kehilangan  , adakah salah aku ? atau … ahhh hapus lah dengki dan iri hati ini .

Ianya membuat aku terus terfikir , kawan mengikut acuan dan jalan yang tersendiri , ada kawan berduka , ada kawan ketawa , Ada kawan membawa ke akhirat  , dimana syurga tempatnya , ada kawan membawa ke akhirat , dimana neraka tempatnya . Penghuni neraka jahanam ,
Ada kawan datang ketika kita senang , pergi ketika susah , kembali datang bila susah . semuanya bagai menjadi adat , atau lebih senang lumrah hidup .

Kawan , cerita dan haluan kita berbeza , tapi yang pasti menuju jalan dan kejayaan yang sama , Mungkin hadir kau membawa hiba , Mungkin hadir kau memberi bahagia , Mungkin hadir kau mencarit luka , Mungkin hadirmu melukis senyum tawa , Namun setiap kamu sangat istimewa..

Makin tidak mengerti . Buntu . Aku rindukan kau Kawan ,, Maafkan aku . Jujur bukan berniat melukakan atau menghina sesiapa , tapi mencari apa yang terasa kosong . Kawan sgt bermakna bagi aku . Hapus juga benteng airmata ini walaupun telah aku tahan dengan benteng kesaktian . Maafkan aku . Doa aku agar segalanya terbaik untuk kau . Amin .

Thursday 15 March 2012

Windows Live Writer . :DD

Hi hi hi , okay aku excited sikit sebb kali ni aku publish post kat sini guna Windows Live Writer . Baru install , yakk tapi sesal jugak lah , sbb nya makin berat laptop wa . grrr  * sila kesat air mata .  Hah yg agak best nya tak payah nak sign in google , dashboard segala alah tuh untuk tulis entry baru . ergg ergg . hahah

njkio

ngrew

Okay sejak hantar laptop ni format , mmg okay lahh segala servis nya , dan lagi best abg servis ni pandai-pandai masuk kan Poocap Games , ahah bukan nak marah tapi terima kasih sbb macam-macam games ade . hah satu lagi die masukkan desktop background yang cantik-cantik . Tapi yang aku nak marahnya abg aku pegi install games bola . Makin menjadi-jadi lah lembabnya . aihhh .

Wow wow , sekarang tgh tgok Amukan Pocong dekat slot seram TV3 , macam seram je cerita die nih , tapi banyak kurafat . Tapi nak tggu sekali je pocong tu keluar , then lepas tu kompem aku tak tengok dahh . arhhhhhhh  Wa paling takut tgok pocong , even just gambar cartun or buatan org . Mudah sgt terbayang- bayang lepas tuhh . yakkk

Tiba-tiba sign out , ape cer ?

Wednesday 14 March 2012

Random Words

Assalamualaikum Cinta , cehwahh ayat ! Alhamdulillah aku masih lagi dibumi Allah SWT . Sesungguhnya aku masih tidak kuat , iman ku masih tidak kuat untuk aku harungi , ataupun ianya memang dari silap aku ? Subhanallah berikan petunjukmu * Amin . Sekarang semua pelajar dilanda musim cuti , so selain dari ibu bapak yang buat plan nak pergi holiday kesana-kemari , ramai jugak yang menbuat keputusan untuk pulang ke kampung macam aku , tapi Alhamdulillah sbb kampung aku dekat .

Oh btw , nak ucapkan Selamat Pengantin Baru untuk Syuk & Edy , emmm bia pun saya rasa awak takan baca blog saya nih , tapi saya tetap nak wish , sbb awak cantik sgt hari tu saya jadi blur/blank nak cakap . haha ayat nak nonsense je kan . Again Selamat Pengantin Baru untuk awak dan moga panjang umur dan dimurahkan rezeki ,and sorry gambar malas nak post . nt takut awak marah pulak . hehehe Alhamdulillah jugak sbb bila balik je kampung dapat berita ade cousin nak kahwin lagi , hewhew .

Okay sejak dah berkhidmat semula dirumah nih , proses tumbesaran mmg terjadi secara aotomatik , haha kau nak gelak ? gelak lahh wei . haha okay , harini saja dgn cuaca hujan renyai membasahi bumi dan angin yang bertiup sempoi-sempoi bahasa membuat kan selera makan menjadi-jadi hewhew . Naknak mak saya masak nasi minyak , waaaaa menyengat sekejap .

Okay sekarang sedang menghitung hari untuk menunggu keputusan SPM keluar . Entah kenapa org lain punya perasaan siap boleh berdebar , aku ? huh tggu 30 minit nak umum mase tuh lahh perasaan berdebar aku keluar. Sekarang nihh aku buat rilek je ,cehh wahh seminggu lagi , masih cukup lama untuk menanti , apa kata kita lupa kan . ujung-ujung baru kita kasi igt balik , --boleh ??

Siti NorHayati aku harap kau tunaikan janji kau nak balik kuantan isnin nih , kalau kau tak balik aku kerat kau 18 , dan jangan cakap dengan aku dah , okay dan kalau kau balik jum aku teman kau pergi tengok 7 Petala Cinta . uh excited nak nengok nih .  :DD Dan wahai Zulhelmi , lain kali nak ajak aku , kau kena makesure ade transport untuk aku eh , kalau tak baik tak payahh . Ermm untung lahh dapat pergi tapi tape nt kau kena blanja aku kan kan kan . hahaha

Okay sekarang tengah layan cerita hindustan dekat tv2 Kal Ho Na Ho , huh cerita nih paling sentap sekali tgok . waaaaaa . Dah penat dahh menaip nihhh , next entry maybe next week , wehheee lepas result pulakk . haa daaaa . Assalamualaikum rindu . huuu

Thursday 1 March 2012

Another Awesome Month Beginning .

Assalamualaikum , 


March babeh March , hahah satu lagi bulan yang harus aku tempuh dengan semangat yang lebihh, Bulan baru nih lebih mencabar segalanya , hahah yang paling aku takuti mencabar keimanan aku , dimana aku harus kuat dan tabah untuk mengukuhkan solatku , ibadahku , dan agamaku , "Ya Allah permudahkan segala urusan pekerjaku , dan kehidupanku " hah dunia kini makin mencabarkan , segala benda ada depan mata, yang tinggal cara kita bagaimana mengaplikasikan nya , wahhh mood hari ni nak matured je kan . Ahakkk 

Okay , Alhamdulillah aku masih bernafas di bumi Allah nihh , Hari ni segala pekerjaanku berjalan dengan lancar . Sampai je dekat rumah , aku terus melabuh kan diri , arhhhh penat hilang kejap saat diri bagai melayang-layang diangkasa , huh kalau diterus kan mahunya tengah malam nanti baru bangun . ahhh tidakk , aku bangun dan terus mengadap dunia maya yang agak serabut nihh . wahh wahhh asal maya jeh serabut kan , ye lahh buat sakit mata , hati dan perasaan , hahah Definitely im happy today , yelahh bulan baru kan , mood berubah-ubah haha sabit =='' . 

" Jika itu salahku , maafkan aku . Sebaiknya tengkinglah aku agar aku tidak lalai  " 

" Ya Allah sesungguhnya kau lebih mengenali diriku dari diriku sendiri , takdirku telah tercorak indah biarpun pahit yang dirasakan , inilah dugaan dan cubaanmu " 

" Andai aku marah itu sayang , andai aku menegur itu kasih "

" Semakin meningkat usia ku , semakin banyak iklan dunia , moga
usiaku seiring dengan amalanku " 

" Andai terkasar bahasaku , cili mulut ku , agar ku kenal erti budimu " 

" Andai tiada vespaku , tiadalah duniaku , apa yang aku tahu dunia ku berbeza dari mu "

Penat melalut , jum take a break with coffee , Isya' and makangg nasi with budu . Lama tak jumpa budu , rinduu :) arhhh 


Andddd yeahh ,, im back , lama sgt tinggal blog bolok nihh , untuk entri ni saja dari petang sampai sekarang pukul 11.30 pm , huh , sempat lagi aku keluar lepak dengan Bella dan Iz . Sampai je rumah tgok laptop dah ade org tutup ,perhhhh menyirap jap sebb aku lupa nak save entri nih  , tapi alhamdulillah entri nih masih tersimpan di draf , hohoho :p lega , so jum sambung balik bercerita , kahkah  rasanya nih enrti yang terkini dan tiada entri yang baru akan ter-posting sbb aku busy , banyak hal nak kena settle dekat kampung , tgokk sayang nya kampung . hewhew 


Haihh sekarang nak layangkan kiss untuk bff saya , sayang nape kau orang menyepi ? atleast try hint aku , insyaallah aku hint kau balik , hahaha tetiba kauorang pulak yang salah kan . Urmm wehh jum lahh keluar jumpa , sumpah jealous nihh tade orang belanja aku nihh , arhhh sumpah jealous gila nak ada gambar latest dengan korang nihh , wahh tak aci . hewhew cepat lahh deal . haihhh grrrr 


grrr wishlist berjela panjang nya , haihh kena susun baik-baik nihh , haihhh susahnya . Hah lupa nak cakap , sekarang selera makan dah balik ,, cuma kali nihh kurang sikit dari biasa , okay lah tuh dari tade selera langsung nak makan kan . huh susah kan nak jaga kesihatan nihh , semuanya berpunca dari cara pemakanan kita , kalau tak makan , langsung tada tenaga , jalan sikit muntah , pengsan , sasau , sawan belaka ada . tuh lah at least makan lah sikit , bagi ada tenaga baru katang . Aku cakap berdasarkan pengalaman . yang nak diet beriya tuh tak payah lah beriya sgt , kasi lantak ja , jalan kaki hari-hari pun dah cukup , turun 3-4 kg . huh Eden dah torai , hahaha 


Akhir kata lah pulak , jaga diri , jaga hati , jaga mak , ayah ,nenek , atuk , semualahh kena jaga sebb kita bukan duduk sorang-sorang dekat dunia nih , hah jangan takbur sgt ye , heheh kuat kan semangat , Allah selalu dengan orang yang rajin berusaha , insyaAllah aku pun tengah berusaha , andai kata salah silap , aku mohon maaf , yang baik tu semuanya dari Allah . Okay semoga esok lebih ceria dan lebih indah . 


Assalamualaikum . ^-3 '