Sunday 2 August 2015

Menjadi AKU

Menjadi aku itu tidak sesedap mata yang melihat, menjadi aku itu penuh dengan suram dan keceriaan, sama seperti enkau yang bernama "Hamba". Awalnya aku dibesarkan didalam keluarga kelas pertengahan. ade rezeki lebih, maka adalah habuan untuk aku. masih ingat lagi waktu abah mengajar aku mengaji, seringkali aku di sebat dgn tali pinggang. sekali lagi disebat dengan batang jorang yang halus, dek kerna aku bermain diluar pada maghrib hari. 

tetapi seingat memori aku, itulah kali akhir aku diaajar mengaji, sbb lepas tu, tok pula yang mengambil alih mengajar aku mengaji, mula sahaja cuti sekolah tak kira siang malam, pagi petang, abah akan menghantar aku ke rumah tok, meski pun pada hari sabtu dan ahad. Menjadi kanak-kanak pada waktu itu aku sangat teruja akan setiap barang yg abah berikan sebagai "habuan" untuk aku supaya mengaji di rumah tok.

apabila, menuju usia remaja, macam dan bagai orang yang aku jumpa dan membuat kawan, orang kesana aku kesana, orang kesini aku kesini, tapi abah jarang memberi izin keluar untuk waktu-waktu trtentu. kebanyakkan tidak melepaskan aku jauh dari kawasan rumah. jika dikut hati yang ingin bebas berjumpa syurga dunia, maka aku lah orang nya, sbb waktu tu aku hilang . aku lupa, aku tinggal semuanya. semuanya yang bernama "iman" kerna diusia remaja aku, takde orang yg membebel pasal sembahyang, takde orang yang ajar aku keindahan bersama tuhan. sehingga jika hendak dilabelkan aku, punya selangkah sahaja untuk menuju neraka atau syurga.

tapi walau setiap langkah aku, Tuhan selalu menarik aku, supaya aku tak jatuh ke mana mana jurang. syukur. hinggalah aku masuk ke satu institusi swasta, ya boleh dikata, disitu aku mengenal sebetul-betulnya tuhan, mengenal orang orang yg ingin menuju syurga, mengenal indah nya cinta cinta kepada Allah, cinta kepada manusia dan alam. hinggakan aku tidak mampu membuat kesimpulan demi kesimpulan, cantik aturan Allah, walau jauh ke Kelantan mencari ilmu, aku harap semua ini tidak sia-sia.

kini, aku berseorang menentang semua yang aku lakukan dulu, ingin meninggalkan semua perkara, ingin mengubah nasib keluarga, ya aku masih keseorangan. masih menanti apakah aturan yang seterusnya. moga Allah rahmati aku dan keluarga.