Monday 18 November 2013

welcome back. MUST TRY CHEESE POWDER.

Assalamualaikum uolls,

perhh lama gila tak on blog. semua sebab busy dan tahap malas menghantui diri. memblog kan diri ni kena ada sifat yang sabar dan peribadi yg utuh baru lah semangat nak memblog. eh eh hari ni , diri sendiri yang lawat blog sendiri, lama gila tak on blog, sampai satu tahap lupa dah kata laluan and all the email. huhu maklumlah banyak sgt no yang kena igt.

lupa nak tanya , uolls semua sihat, inshaallah kan sihat. sekarang jam pukul 3.11 am, bayang kan aku dengan along je dekat rumah nih , baru sat tadi dengar ayam berkokok, huhu okrang cakap kalu dengar ayam berkokok maknanya dia nampak malaikat turun ke bumi nak tengok sapa yg tgh beribadat. em em aku ? rasa macam sia sia ja jadi hamba Allah tapi tak beribadat di malam hari. okay tu masalah aku, moga jadi peringatan buat enkorang juga, so aku skg tgh cuti sem, dgn mana nak kejar nak cari some of money for my studies, entah lahh, rasa mcm selfish pun hade, tapi nak buat gane an, mngkin ni yg terbaik kan. doakan yang baik baik saja untuk aku.

okay enkorang, nak promote satu benda nih , bagi korang yg suka makan cheese tu kan , why not korang try cheese powder yang aku jual nih . Satu pack RM15, mmg sedap, kalau nak makan just ambil cheese powder and then campur dgn air, dah jadi cheese, dah boleh mkn dengan salad, pizza, wedges kan, ermm korang nak, boleh inbox aku dkt FB : nomarahim or massage/whatsapp : 01139119387 . tapi better korang massage or inbox dekat fb sbb aku ni jarang nak on bis . hhuhu. try lahh okay. gambar ada tapi dalam phone, malas pulak aku nak bluetooth bagai.

okay lah kan, cukuplah rasanya aku nak bebel dekat sini, len kali juppe lagi deh. hewhew


Tuesday 18 June 2013

Selamat Pagi ~ Voila

Assalamualaikum, hai hai selamat pagi, alhamdulillah harini bangun awal. ~eh gulp. haha tade hari terlebih ceria di pagi hari sebb entah tatahu. hee, cuaca pun okay. Harini juga semua orang bangun awal sebab tolong mak cho. semalam mak cho weak gila sampai kena bawak g hospital sebab tekanan. bahayanya tekanan pada diri kan. so sebenarnya kita nak berfikir banyak just okay tapi kena juga beringat jangan la sampai masa nak tidur pun kita berfikir, masa mandi, nak masak , membasuh, urhh aku yang seteress nak menaip. haha so btw hari ni ada test dan dan yang paling best aku rasanya aku sorang baru tahu , semalam punya syok buat past year, apabila jarum jam hampir pada 12 baru aku tahu harini ada test tak ka rasa macam !@#$%^&*() . ish sabar hari kita mogok sikit. hewhew org yg dekat dengan aku nih pun tak bgtahu aku, could u. ish kalu aku sampai menebal muka . eh eh gerangggggnyoo.

Dan dan yang paling bestnya semalam banyak kali abah call, haha dan dia sambut sahutan aku dengan panggilan anakda, haha deabak abah, yang happynya sebab birthday mak , abah, hari ibu, hari bapa semua on june. hoho kalau aku kaya mahunya botak sekejap nak kena sambut, hewhew tapi alhamdulillah , keluarga aku tak ajar sgt kami adikberadik menyambutnya, bukan tak baik tapi membazir. haha aku pun tak penah sambut birthday sendiri, tapi masa aku sem 1 haritu ada yang tolong sambutkan aku dari langit, haha teriak bagai aku . ish ish . nak sambut dengan suami ja boleh? erkk ~~ haha dah pukui brapa dah aku tak mandi lagi nih jap g nak g kolej, huhu ada test . ermm tawakal je, mohon soklan dlm pastyear semua keluar. ameen ameen.

bersambung *** krik krik krik .

Thursday 30 May 2013

Satu sudu gula sudah cukup. #manis

Mari kita mulakan cerita dengan bacaan Bismillahirohmanirahim dan diikuti Assalamualaikum ~ ala ala budak tadika menjawab. oh serius rindu gila tadika ibu. bila lah dapat pergi jumpa budak-budak dekat sana. ohh seriyes budak tadika dan taska baby baby semua tuh sangat comel dan buat aku rasa macam nak kawin awal . eh .. dan buat aku terfikir kenapa ada juga yg tak sayang anak. Astragfirullah , mohon la bertaubat. 

Dari hari ke hari aku rasa macam semakin gemuk. yelahh org macam aku hari-hari makan. macam korang juga cuma org mcm aku masih tak faham istilah "DIET" ~lupakan. sebenarnya bukan ini yang aku nak ceritakan, siang tadi aku ada test , ohh punya senyum lebaq jawab, smpai soklan no.2 aku terlongo sbb tetiba rasa mcm soklan tu yg tanya aku balik. ohh rasa nak tidur je masa tu, tapi ada 4 soklan je, hehehe tapi alhamdulillah , disebb kan aku dah jawab test tadi aku rasa macm free sangat sampai sekarang, buku dan beg aku pun tatahu kemana(okay tipu).. rasa free sampai naik bosan pulak rasa ni yang aku mencari idea nak type blog nih. ~apakejadah aku cerita ni ?

eh masa aku sem 2 nih mmg perit sikit rasa, aku rasa aku dah buat yang terbaik, tapi Allah tu lagi terbaik bukan, (y) muehhhw Alhamdulillah juga sebb aku dapat terima dgn baik sebb aku yakin dengan kerja Allah. Banyak juga benda yg aku lalui, dan aku rasa lebih kuat, dan bila tiba masanya , mahu berhari-hari aku menangis, hah tu la aku, banyak juga aku cuba benda baru dalam hidup aku, and im-trying to be someone better. just pray for me guys. nak cerita semua aku tak ingat sangat tapi mana yg ada tu mmg aku kenang sampai kini. hoho ayat tak boleh blah.  

 aku rasa nak gelak kuat-kuat, tapi haramm sebb dah lewat malam, kang ada makan kaki dan dah tak rasa nasi. hoho alangkah malangnya sebb gambar tak boleh nak upload. rasa macamm gahhh. erm mungkin ada sebbnya. tape .. 

bulatan gembira aku a.k.a usrah keluarga aku sem2 ni lebih erat , lebih rapat, dan aku harap bulatan ni kekal smpi aku melangkah ke alam-alam seterusnya. ameen, bulatan gembira selalu buat aku senyum, makan dalam dan sebagainya. manis sangat kalau nak kenang. manis kenangan takpe jgn manis minuman , kenching manis la jawabnya, hee . Ada juga aku join aktiviti2 sosial kesedaran dan semua tu first time dalam hidup aku, much better . Dalam tak sedar kami satu kelas dah habis sem 2 dan nak masuk sem 3 , hope ukhwah kita kekal , no more benteng benteng bagai, tak salah bukan, kita semua tahu had had dan batasnya. insha allah. ameen. 

Aku cuma harap yang aku akan jadi orang yang berguna pada keluarga dan pada diri aku sendiri. sekarang aku rasa hidup susah sikit nak banding dengan mak bapak aku 20-30 tahun dulu. hoho susah wo, bangga juga rasa punya keluarga yang fahami aku, alhamdulillah. chill esok aku kena keluar awal ke pasar, beli barang dan balik untuk mengemas rumah. hoho kerahan tenaga belaku, harap tidoq nyenyak esok. kehhh.  BYE.. Aslmkm. 

Baru aku sedar, tajuk macam tak kena je dgn cerita. ~~ 

Monday 27 May 2013

Kasih ayah. #Selamanya

Assalamualaikum, alhamdulillah harini balik kolej melepak je umpama takda kerja, erm selalu labelkan diri sendiri pemalas so tengok la apa jadi hikhik. I.A . masa duduk scroll mouse keatas dan kebawah dekat fb ada jumpa satu cerita tentang seorang ayah. ermm seriusly aku ni kalau teringat dekat abah aku, mesti nak teriak mengalir air mata punya. kalau touching tu mmg lebih ahh, nak cakap anak ayah sangat pun mmg boleh jugak, sbb everything aku akan rujuk abah aku. bab nak balik rumah pun kena rujuk awai-awai. sedih pulak rasa , meremang bulu roma wehh. ish tapi masa baca kisah ni, dalam otak ni dari teringat kan benda lain mmg 100% teringat dekat abah. tengah buat apa sekarang ? makan ke belum ? ~~~ ermm ~~ ohh sorry bukan aku tak rapat dengan mak aku, rapat jugak cuma mmg melebih dekat abah, faham . ishh jangan nak fikir lain . cepuk kang. so sharing is caring aku ada minta copy cerita ni dari hafiz.net . harap bukan aku sorang je yang terasa, ~ enjoy

Pagi tadi:
Pergi ke bank, bayar hutang kat cash deposit atm. Di belakang, ada seorg pakcik berdiri.

Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik.
Tolong saya masukkan duit sbb selalunya ada pegawai yg tolong.
Hari ini cuti public cik..

Duit utk anak pakcik ya?
Ya.dia belajar di selangor - uia.

Duit dmasukkan utk anak pertama.
Berjaya.
Jumlah yg sama tapi kali ini ada rm10 5keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dlm mesin tapi yg rm100 keluar semula. 2kali.

Pakcik ada duit lain?

Tak ada nak.

Sempat mata ini menjeling ke dlm porch pakcik itu(maafkan saya). Tinggal rm7 sahaja.

Hati mula tersentuh.

Cuba lagi masukkan.
Moga dpermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega tlihat di riak wajahnya.

Berlalu tapi perlahan..

Ingin kutahu dia naik apa..

Motor.
Dlm hujan renyai.
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu dberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kpd pakcik itu.

RM400 utk 2org anak.
Sikit utk dirinya memadai..

Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yg baik utk ABAH yg selalu saya sanjungi..

Kepada semua pelajar:
Belajarlah sungguh-sungguh utk membalas jasa ibubapa kita..


terkadang aku terfikir , berbakti kah aku pada keluarga ? aku juga terfikir sebenarnya apa yang ada dalam kepala otak mak bapak aku ni hah? everything mereka cuba buat yang terbaik. sungguh aku sayang mereka kerana Allah. Syukur sesangat Ya Allah kau beri aku anugerah yang tidak pernah membuat aku kecewa. meraka selalu bersama aku, rapat . mmg rapat . Ya Allah kau ampunilah dosa kedua orang tua ku Ya Allah, berikanlah mereka kebahagiaan di dunia dan di akhirat, kau berikan lah mereka kesabaran dan ketabahan melewati hari-hari yang mendatang . Ya Allah kau panjangkan lah umur mereka Ya Allah. 
 ameen. 

Assalamualaikum. 

Friday 24 May 2013

CINTA untuk mereka.

Assalamualaikum , 
Indahnya bila Allah lahirkan kita satu rasa yang happy sgt, dan rasa macam diawang-awangan. tapi kita taktahu sebenarnya Dia nak tengok kita macam mana kita handle perkara yang macam ni dalam hidup kita. pernah kan kita rasa happy yg amat sangat, rasa diperlukan, rasa yang sebenarnya kita ni ada juga orang suka~ angguk . betul mmg betul kita akan rasa happy sangat tapi bila kita lalai dan asyik dengan perkara seperti ni, jujur mmg akan ada bahayanya, dimana kita menjual hati kita , kita biarkan dia dikalangan perkara yang apabila kita leka ianya akan binasa. wallahualam, tapi yang nak cakap dekat sini dan pada diri sendiri jangan terlalu berharap, cukuplah bersyukur kerna merasai rasa tu, dan ingatlah disaat kita selangkah ke kancah maksiat , syaitan sangat kuat berbisik pada kita. Astarfirullah . rasa macam awkward pula cakap macam ni , tapi rasanya boleh pegang satu ja ayat ni, "Sampaikan dakwahku walaupun sepotong ayat" lebih kurang lah, cukupla untuk jadi penguat untuk share kan benda macam ni . hee ~~ serius pula rasa. kita better jaga hati, sebb pokok pangkal apa pun kita buat semuanya hati. Jom muhasabah. Make it Alwayss. hehe in shaa Allah. 

btw, hari kawan-kawan sangat baik sekarang dimana harini 25/5/2013 ada yang akan melangsungkan hari perkahwinan mereka dan ada juga yang menambah numbor dalam hidup mereka "Sanah helwah" . Buat ana , Selamat Pengantin Baru semoga diberkati hubungan hingga ke jannah. rasa macam akan hilang sorang kawan. but alhamdulillah jodoh kau awal. hehe semoga semuanya baik-baik. dan semoga kebahagiaan didunia dan akhirat. ameen.

dan selamat juga buat bella, semoga hidup diberkati dan diberi kejayaan didunia dan akhirat, semoga kita selalu mendapat petunjuknya. Tahniah jugak untuk result sem kau yang sangat osemm, rasa bangga aku pada kau naik lagi kali ni, haha mungkin dgn cara ini Allah uji kau, hehe aminn

`tgh buat homework sebenarnya, dan nak run balik bab lepas sebab ada test minggu ni. ohh semm sangat. pergh ` Doakan aku ye kalian. hehe semoga hari-hari korang lebih indah dan diberkati. hoho 

XOXO Aslkm.

Saturday 11 May 2013

No TITLE. boleh? harhar xoxo

Hai peeps , hai hai n Assalamualaikum .
Sekarang dah ada dekat negeri cik siti wan kembang bangg. harhar dekat kelate . rindu kelantan honestly. oh oh btw esok dah start shortsem, wish me guys. herm rasa mcm sebak pun ado sebb sekali lagi kena tinggalkan mak dengan abah, huk huk tapi before naik bas semalam abah cakap selamat belajar, so rasa mcm bersemangat sikit. dan dalam beberapa jam je macam tak percaya merentas daerah dan negeri dengan seorang diri. Rasa tough pun hado. haha kau hado? biasa la kan belajar jejaoh ni mmg nilah dugaannya. ramai yang tanya kenapa belajar jauh sgt , dekat sini(kuantan) macam la tade tempat nak belajar. hee bila fikir balik mmg betul pun , mmg byk tempat blaja dekat sana then bila fikir balik mmg nonsense la tetiba dari culinary basic terjun masuk account yang mmg takde basic. haha just bole cakap semuanya rezeki pada Allah SWT . semuanya ada hikmah dia nak bagi so i just accept it.

sekarang dah nak midnight, dekat sini takut pulak nak berjaga memalam, so after update ni nak tidoq terus . harhar bukan hape. nanti takut ayah cho marah pulak sebb tak tidur lagi . esok nak bangun awai. hee. so esok new world begin, takut sebenarnya sbb esok kena merempit ke kelas . Ya Allah permudahkanlahh, aminnn .

So esok Hari Ibu katanya. So semalam sempat jugak wish dekat mak, "selamat hari ibu, mak " and mak always reply "a.ah yelahh *smiling" oh oh whatever la kan janji aku sayang mak aku. hoho

So guys, keep moving, calm, pretty , handsome and keep the faith :) LOVE xoxo

Friday 3 May 2013

Garam sebagai penambah rasa.

Hai Assalamualaikum, 
pejam celik celik pejam, dah tak lama dah nak balik ke kelantan, tinggal seminggu je lagi kelas shortsem nak start, waaaa biasa la bila balik rasa boring then bila dah nak kena balik belajar nih semuanya rasa singkat itu ini tak buat lagi. ermm tapi apalah sangat yang nak dikejarnya. hurmm harini agak frust sebab ajak abah pergi pasar malam tapi tak jadi dah 3 kali tak jadi . ish ish kalau lah kepala nih dah bertanduk mesti dah kebas dah kereta abah, drive sensorang je senang tak payah bawak orang lain. hishh dah malas nak cerita lagi ingat lagi panas rasa .

ohh ohh btw dah update header baru, semoga bila pandang header baru tuh akan selalu buat kita muhasabah diri. :) heee in shaa Allah... rindu dekat KTD rindu Kelantan, Rindu nak masuk Medan . heee . Hari tu jenjalan cari pasal dekat mall, pergi kedai buku cari buku-buku yang dapat menarik minatkan then terjumpa la buku FIXI, buku ni pun ala-ala novel , yang menariknya tajuk dia semuanya satu perkataan je yang buat kita tertanya kenapa tajuk dia macam ni? apa cerita diakan ? then masa tu ada 10 buku, dalam banyak-banyak buku noma beli buku SUMBAT by Faizal Sulaiman, hoho bukan nak promote tapi nak bagitahu cerita dia mmg superbbbbbbbbbbb. try ah baca kalu noma cerita kang tadela laris pula buku-buku tu kan . haha yang menariknya nak beli hari tu sebab cover buku ni gambar Macaroon, haha dan dan yang tak boleh nak teka ending cerita SUMBAT ni adalah sinopsis dia yang mengelirukan. dan cerita dia sangat superbb sampai terigau-igau hahah.  Please please try baca. harhar

 
Sumber : hincek google
Misi membersih rumah pun berjalan sedikit demi sedikit, mmg agak penat jugak sebab sorang diri je buat. Dan dan kalau ada mak dekat rumah mmg tak boleh buat kerja. harhar kalau tak macam-macam dia komen . hee tapi tadi misi berjalan lancar saat rumah tade orang . mak pergi kuantan ikut abah ambil lan dekat asrama, then terus stay kat sana smpai abah habis kerja. sempat la rumah settle sikit-sikit. har har mmg dijangka akan berlaku, mak membebel jugak tapi telinga ni saja ja buat tebal sikit. ish ish . Please jangan tiru aksi ini dehh. bhahah .

XOXO . sayonara :)

Friday 26 April 2013

KOSONG KOSONG

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum uolls @-@

Harini dah 5 hari ada dekat rumah, so masih tak mengeluarkan isi peluh !! bhahah apa yg hendak dibuat sgt dirumah ni . adeiii bukan nak ckp bosan, duduk rumah agak rilek best apa , cuma something ada satu tahap yg mmg tak boleh nak buat dahhh , mmg failed lahh org ckp masa tuh. haihh finally korang tetap tak faham apa aku nak habaq, but sokay , biar aku je faham ehh. heee malam ni tunggu punya tunggu dekat depan tb, satu habuk cerita pun tarak keluar,, lama punya tunggu nak tengok #SSID aka Sebenarnya Saya Isteri Dia tapi tak keluar-keluar, maroh hambo. ish ish depa pi ganti dengan mandat pasai pru bagai, haihh tak habis lagi dah masukkan semuanya dalam berita tuh. IMMADDDDDD . erhhhgg

Balik nih harap dapat jumpa kawan-kawan tapi semuanya busy belajar, tade pun yang balik, ada yg balik pun still ada kerja sendiri. ermm nvm. mungkin masa depa balik aku pulak yg tak balik kang. hee .  so kurang sbulan lagi , kawan aku akan melangsungkan hari bahagia dia, macam tak percaya pun ada juga . erm hope so dapat balik time wedding dia, harap sesangat . yela kawan baik kawin takkan tak balik mmg sedih ahh kan , nak tolak pun tak berani sbb kawan tuh dah letak harapan tu tinggi sangat . hoho moga semuanya berjalan lancar :)

Keep Calm & boring at home :) gottha bye Salam


Thursday 18 April 2013

Here from all my heart . rindu mereka .

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum , 
Ya Allah syukur sesangat sebab blog nih masih boleh bukak, entah bila masuk email n password tetiba tak boleh bukak. Nak nangis pun ada tapi sebab masa tuh tengah final exam noma gagah jugak tanak kenang lagi blog nih, sayang wooo. just wait , maybe Allah nak tunjuk supaya pentingkan yang lebih utama dari ni sebab tu tetiba blog tak boleh bukak. yeahhh Allah tu atur baik untuk kita kan. Subhanallah bila fikir balik banyak yang terjadi mcm ni . tapi siapa yang tahu. think positive okay. Wow banyak benda dalam kepala nak dizahirkan disini tapi rasanya tak cukup nak scroll smpai bawah pulak nanti hehe. So lupa nak tanya apa khabar semua, blog ni pun dah lama tak berwajah baru,,, sadddd :( insya Allah kalau rajin boleh update selalu, hehe igt kan waktu belajar adalah waktu paling sesuai untuk berblogging tapi rasanya silap, jadual kita tuh dah sangat penuh dengan kelas dan study group discussion bagai, tak menang tangan la org kata. Benda wajib kena buat , bila tak buat berdosa.. jadi sebab tu blog nih terabai sangat lama . hehe tapi bila exam dah habis waktu cuti sem macam nih la yg paling seronok mengupdate kan selain layan movie jepun kan, . hehe 

So harini bila di fikirkan balik, disini saya belajar banyak perkara baru, banyak yang mengajar saya erti-erti kehidupan, banyak yang mengajar saya supaya lebih behave , dan lebih respect orang . harini bila saya lihat orang disekeliling saya , subhanallah indahnya ciptaan tuhan, saya bagai dapat rasa apa keistimewaan mereka yang buat saya lebih teguh untuk meraih sedikit manfaat dari itu. Bukan Allah dah kata, manusia itu dicipta dengan berlain-lainan. Hari ini bila saya lihat wajah mereka rasa syukur dihati tak terhingga bila ada yang sudi berkawan dgn saya, ada yang sudi berlawak jenaka, bergurau senda berkongsi cerita, dan bila saya lemah tidak mampu berfikir apa-apa ada yang datang membawa cahaya untuk saya, ada yang membuka jalan untuk saya lebih dekat dgn Allah, lebih berfikir kemungkinan dan persiapan apa yang harus saya lakukan. Terima Kasih Ya Allah kau kurniakan insan yang sangat aku sayangi dan hargai.. Baru sekejap tadi terbaca ayat ustaz don daniyal , dia kata " Jangan hanya melihat keburukan orang , kerana seburuk-buruk dia ada 1001 kebaikan yang kamu tidak pernah lihat !" alangkah org jahat pun dapat masuk syurga kerana sedikit amalan kebaikannya tanpa sedar ini kan pula kita yang selalu cuba berbuat kebaikan. hermm tapi bukan itu yang hendak diceritakan hanya selingan. ehemm tetiba rasa macam serius pulak dengan ayat-ayat dekat atas tuh. aduhai sebenarnya cuma nak kongsi apa yang saya rasa. But its still tak terluah . hee moga kekal sebagai semangat yang berterusan.

Harini ramai yang telah pulang ke kampung halaman setelah beberapa hari final exam berlalu, jadi dengan excitednya nak pergi hanta seorang sahabat yang jauh betul rumahnya, kalau diizinkan noma pergi mmg meloncat lah baq hang. haha kami dengan segerombolan semangat pergi menghantar sahabat ke airport kotabharu untuk flight nya ker Arab. jelas terasa semangat dia untuk berjumpa keluarga tersayang. semoga musafir ini terus kuat merentasi benua dengan sendirian, semoga dengan izin Allah dia selamat sampai berjumpa ayahanda dan bonda..   Turut terasa untuk pulang tapi keadaan masih tak mengizinkan. sabar dab terus sabar . moga Allah permudahkan. 


 Sewaktu di airport , breakfast jap


gambar latest masa di india , transit .

Okay buddys, last next time ada masa noma bebel lagi dekat sini . Assalamualaikum..