Tuesday 9 December 2014

#moment10hari-part 3 bonding pelik handew

beribu bintang dilangit kini menghilang, 
meraba aku dalam kelam. 
rembulan mengambang 
kini makin suram
pudar ilham ku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih ku ucapkan

~~
Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...




kehadapan buat keluarga disana,
bagaimana mahu diutus erti rindu ini ? 
andai di wassep mahupun di telefon rasanya tidak sama, mungkin impressi nya aku seakan gedik kerna mengzahir kan sebegitu setiap hari. mungkin juga bosan melanda. taufan malas scroll membadai. 

aku sendiri rasa pelik. "bonding" apa yang kuat sgt hingga hari hari asyik terbayang di screen mata, hampir terdengar alunan yg sama di halwa telinga, hampir setiap kali teringat peristiwa yg serupa. hampir setiap malam mencari bulan dan bintang ? barangkali ada setan yang menghasut. Allah lupa cuci kaki sebelum tidur terus lupa baca doa. 

pelik.gadiks.gadiks.pelik

mohon agar tuhan sentiasa dengar bait bait cinta ni, walau sudah pasti tak seindah irama dan lagu, tp tuhan mengerti, "  Wahai Allah, pelihara lah kami. "

Monday 24 November 2014

#moment10hari-part 2

kini aku jauh dari bumi serambi mekah, bumi yang mengenalkan aku dengan hidup. 
hidup untuk bakti
hidup untuk beramal 
hidup untuk ilmu
hidup untuk tanggung jawab &  
hidup untuk kenal tuhan. 

jika ditanya apa yang buat diri ini selalu teringat adalah
makanan nya
minuman nya
pantai nya
udara nya
suasana nya
dakwah nya
tarbiyah nya 
dan ragam nya


bah kan angin juga berbisik rindu !! Tuhan sempat kenal kan aku dengan mereka, tuhan sempat pinjamkan mereka, mereka itu semua... semua yang mengenali aku, 
dari mula aku jejak tempat yang aku namakan "lubuk hidup" 
dari mula kenal rakan yang jauh lebih hebat dari aku 
dari mula mereka kenal watak dan cara kelakuan aku 
dari mula mereka kenal cara permakaian aku 
sehingga harini buat aku hidup dengan warna-warna harmoni. 

seringkali aku bertanya kenapa begitu jauh aku pergi,,, sehingga hampir setahun baru aku paham erti "jodoh"
ya memang tuhan yang tentukan. aku syukur, alhamdulillah. 
tapi hasrat aku selepas ini, aku tidak mahu hilang semuanya 
hari ke hari aku tanak lupa, aku tanak lupa. 

ia bagai satu perjalanan yang aku fikirkan hanya aku yang dapat dari semua disekeliling aku, 
aku ada sahabat yang sanggup meluangkan masa mengajar, 
ada sahabat yang paling tidak bertanya khabar tentang pelajaran,
ada sahabat yang buat teman berhibur,
ada sahabat yang buat aku manja sekali sekala
ada sahabat yang buat aku suka berfikir dua kali
ada sahabat yang mungkin tidak suka dengan aku 
ada sahabat yang suka buat aku marah 
dan aku ada sahabat yang aku namakan "keluarga" 
ya keluarga. 

biarlah ia hidup dalam kenangan aku. tuhan biar lah ia hidup

segala yang indah ini aku ingin ingat selalu. 
biar aku lupa
buat mereka yang bersamaku . 


tuhan sampai kan angin rindu aku buat mereka. 


Tuesday 11 November 2014

#moment10hari

aku sedih :(

seriusly. aku taip aku delete aku taip aku delete.




"ketawa bersama, menangis pun bersama"
ini memang gila, berpisah cara apakah yang takkan buat aku gugur air mata ? 
setelah beberapa hari aku simpan 
harini aku kalah !! aku kalah . 
entah 

aku rasa aku ego, 
entah aku tatahu ikut cara mana nak zahirkan yang aku tak suka semua nih 
aku tak suka 
buat aku sakit 
perlahan lahan

Allah kau jagalah hubungan yang ada nih , jangan biarkan aku lupa pada mereka, kerna mereka yg selalu dibelakang susuk tubuh ini, kerna untuk lalui erti pisah ni sangat sukar. 


kalau aku nak cari erti hidup, aku akan ingat semua yang kakcik pernah cakap dulu. akan baca balik novel dan buku buku yang pernah aku baca sbb kakcik.

kalau aiman, cukup lah aku nak igt semua jasa hg, tolong aku.. paling best kalau hg masuk air, masa tu kita boleh jadi partner in crime, tq walaupun kita xrapat sgt harap hg simpan apa yg aku pernah crita. 

kalau keknis, hg mmg garang, aku suka. haha kalau aku buat muka bukan sbb aku tak suka, tapi aku sgt suka tengok hg marah. hg kalau bab makan nan aku mmg semua boleh. aku sanggup haha. thanks for the treat. 

muaz, hg superman yg tak bertauliah, waktu aku susah ke ade je muka hg, waktu senang pun ade je hg, tapi hg suka kentut tu yg aku akan ingat. whaha

buat naemah, kau lah perempuan paling (segala paling aku berikan ) yang aku pernah jumpa. aku ni bukan suka sgt korea, tp kekadang tu layang juga, 

buat yoe, terus kan perjuangan. kalau dengan lagu penjara janji , zabbb teringat yoe, waktu first masa kat pantai dulu. :( sedihnya 

jepah , hg bryan adam versi melayu. haha. raja jiwa. haha thanks untuk sharing moment ritu, dan sbb tu aku paham kenapa hg suka layan music, :( :( 

cukuplah hampa tahu aku sayang semua 
kalau boleh aku tanak dah org lain. 
nak hampa je, 
adik angkat ke tiri ke tanak, haha 
 ye aku jahat. whaha 

paling aku tanak lupa buat nik hakim. lelaki apakah gerangan dikau. tak sangka akim boleh masuk dengan kami. terima kasih sbb join truth and dare masa dekat kfc tu, akim banyak bawak pergi tempat best best buat noma fikir, kelantan sangat best, sangat errrhhhhh !! malah moment 10 hari noma sangat berbaloi. 

truth and dare
im the killer
pantai sri kemanyan
pantai mekmah
pantai tebing tinggi
kedai poksen
kfc
kedai nasi lemak kemumin
pulau lima
selfie
wakaf che yeh
tesco 
pokdin cafe
 dinner bk15 


terima kasih atas segalanya, yang telah kau beri amat ku hargai semua akan tersimpan di dalam hati !!

Tuesday 16 September 2014

Untuk hati yang mencari.

tuhan itu tahu segala,
baik yang buruk atau yang manis
baik yang suka mahupun duka
kerna dia tahu segala.

ujian itu datang untuk menguji ,
agar .... ? agarr ...
ya , agar lebih kuat disamping dia disisi.

walau jauh dengan allah 
walau ramai kawan dekat diri 
walau hidup penuh erti 
tapi masih merasa kosong ,,, kenapa? 
oh lupa Allah 

Hidup ni hanya perlu Allah je, 
then 
everything will be fine.

Allah, ini bicara erti tuhan
bicara erti nikmat 
bicara erti taat.
aku juga masih terkapai,
tapi nikmat Allah tu luas tak terkira
satunya, ini dia nikmat menaip. guna jari
ia tetap nikmat. 

engkau yang angkuh, diri yang mundur
muhun bangkit dari kesenangan
wahai diri, yang diuji ini sementara,
malah ini dia tiket syurga. 

untuk diri yang melebel "separa tuhan"
sedar, Allah hanya zabbbb... 
kau hilang segala, mungkin juga nyawa,

aku bercakap demi aku, 
demi diri yang lalai dengan tuhan, 
itulah rasa nya " KOSONG " 
dimana mahu dicari ??
aku sendiri di dalam linkungan tarbiah dan dakwah,
tapi aku sendiri masih lelah, goyah
mungkin aku bukan budak tarbiah..
tapi masih boleh nak jadi budak tarbiah. 
 harapan.

yang aku kejar setinggi gunung, malah lebih tinggi,
tapi usaha serendah diri, mana mampu. 

Allah, aku yakin dengan cara hidupku diatur oleh mu,
bagaimana hendak aku zahirkan perasaan tidak itu, kerna semuanya benar olehmu

Ya  Allah, ternyata perasaan ini benar, 
dalam linkungan dakwah ini tenang
sangat tenang dengan cara sendiri
Allah, guide us to the straight way. 

Allah ini untuk nukilan diri
untuk tatapan hati hati yang mencari 
ia tidak sehebat kitab yang enkau turunkan
ini cuma tempias untuk hati yang mencari. 
maaf. 
 

Sunday 13 July 2014

Seketul daging yang namanya hati.

Selamat pagi cinta.... haha
hampir lupa pada gerangan kekasih disini, ish ish hampir dua bulan..Alhamdulillah fasa ke 2 ramadhan insyaallah akan diteruskan hingga penghujung, moga amalan kita tercatat sebagai satu ibadah, insyaallah.

Alhamdulillah Alhamdulillah masih diberi kesempatan hidup dibumi pinjaman Allah, insyaallah segala pinjaman ini akan daku jadikan sebagai peringatan. Masyaallah kau limpahkan lah keberkatan kepada orang orang yang banyak menolong dan mengingatkan aku, moga hidupmu diberkati olehnya.

kasih ini akan ku titipkan buat mereka yang sentiasa berdoa, sentiasa mengharap, yang sentiasa memberi semangat, yang sentiasa mengadu domba, yang sentiasa mengisi ruang ruang kosong dihati. aturan sang pencipta insyaallah baik untuk semua, kadang mungkin kita yang alpha untuk menidakkan perkara. tanpa sedar "mungkin apa yang baik itu boleh jadi buruk bagimu, mungkin apa yang buruk itu, mungkin sebaliknya"

untuk kita yang hanya hamba dan pendosa, lapangkanlah dada, tenangkan jiwa, susuri kebaikan dengan bunga cinta dan kasih padanya.

hati yang kecil ini, warna nya turut kelihatan tompok hitam, sekadar coretan untuk diri yang lama mati ini, yang masih sedar tapi mati.

sedar tapi mati
sedar tapi mati
sedar tapi mati

Allahu, kau pemilik hati kecil ini, hadirkan lah rasa yang buat kami selalu ingat padamu, allah kautkan hati ni untuk terus ada dijalan yang baik, allah moga kau rahmati juga dia yang membaca ini.

 sekadar menulis untuk hati.
Ramadhan kareem. 

Monday 12 May 2014

aku nih post random. #lantak.

Salam sejahtera uolls,
kian lama kian kelam dan kabut hidup aku, ehh
bukan makin lama makin besar, makin byk benda kena jaga, makin banyak benda kena belajar
thank to my dad n mom, along, without them =,= im nothing.
frankly speaking, sejak mencutikan diri dari belajar, hah mmg cuti sunggoh, agah nor cakap dulu nok kerje,
hampeh kelaut seme tuh, hmm but nvm, dapat tabur jasa pada rumah ni pun dah bangga jap rasa. err
bukan apa tak lama lagi kan dah nak masuk ramadhan, dan masuk sem baru, nih lah cuti paling lama yg aku penah lalui, *buat terokk , haha dan tak lama lg nak raya, dan lerr teman nak buat apa patut pada rumah nih. wahahaa
pose pun idok lg mikir ke raya, pedooh norrr

okay lately banyak benda yang dilalui, perit duka perit duka perit duka, *mmg saja ulang banyak kali, * sebal dan kesal pada diri ini, haha kerna yang indah itu DIA yang punya, yang perit duka juga DIA yang bg. many thank and syukur pada Allah, DIA bg semua rasa pada aku, sampai kematu dah nak mikir.
setiap sem yang aku lalui waktu belajar nih semuanya tak sama, mula dari zaman kejatuhan aku pada awalnya dan hinggalah zaman aku bangkit dan jatuh sedikit, syukur sgt sgt ya Allah, jutaan terima kasih juga buat mok aboh, keep giving me the way to survive. many thank juga untuk rakan taulan.
dah macam nukilan kad raya.. *raya lagi.!!!!

Alhamdulillah segala yang diatur semuanya molek blake, hok tok molek tuh nok suruh molek tuh benar
. whahaha
pengakhiran sem 4 aku pun aku tamatkan dengan berjalan ke terengganu. in love with terengganu, serius kabo.,

bila start cuti ni ada yang berkerja,, tak cuti malah makin syok kerja, BERAT BADAN ahaha cannot blame myself. mase ni la nok try semua. hahahah

sekarang sangat gila mengumpul kasut, dalam sebulan ja aku dah tibai 2 pasang, haha masih menunggu along punya. whahah gua dah tunjuk sokmo gambor tu dekat dia. tapi sayangnya kasut baru makan tuan baru,
mak : bakpe tok gigit dulu kasut tuh? baru sedak pakei
abah : kena gosok sikit atas tu, tajam, tp doh kena padan la muka.

mmg kelako la wei pakai tak sampai sejam, aku dah meraban pi beli handiplast 10 keping, stoking Rm7.00 dan jalan terencut encut. at last aku pi everlast. tanpa sedar aku siap pakai terus, baru okay. haha
nafsu nafsu, masyaallah, tp benda ni la hok suka.

dunnya babe dunnya, kalau tak, takkan pula Allah wujudkan neraka, kalau dah mmg kita nih dari syurgaa. ohh deep.

aku akhir kan dengan cerita aku makan malam xdi dengan "sambal terung + tomato" sanggup aku ketepikan tom yam mak. hai lah badan selera pelik pelik lah.

Thursday 17 April 2014

Sanah helwah Shahida Asma'

Allah temukan kita hampir satu setahun setengah,
Allah temukan untuk aku jadikan kau pengalaman,
sejak kejadian itu,
aku mula belajar erti "hargai"
mengapa ?
sebab engkau membuka mata aku erti menghargai org disekeliling.
malam tu, bila kau mula jatuh, aku hilang arah, memikirkan kemungkinan yang ada.
Allah, ujian apa kau nak bagi.
saat itu, bahu aku bagai dihempap satu batu.
saat itu, aku yang menjadi tujuan ramai,
saat itu, aku yang perlu menjadi wartawan,
saat itu, aku yang harus berlawan.

dan itu semua aku panggil pengalaman, tapi bila Allah hadirkan semua kau dalam hidup
aku tersenyum, kerna disebalik engkau punya banyak cerita, punya banyak sengketa dan dukalara.

-----------------------------------------------------------------------------
Dear Shahida Asma', engkau adalah jelmaan.
untuk umur yang ke 22 ini, aku mohon sangat jangan pernah lupa aku.
Semoga Allah limpahkan rahmat buat mu selalu,
Sentiasa dengan sabar dan prinsipmu
Sentiasa dengan ceria dan gelak tawamu.

Moga Ukhwah yang ada ini, bukan hanya disini dan tidak akan berhenti
Untuk mereka yang berwatak yang hadir, terus kekal dalam ingatan.





psssssstttt. kami tatahu kami nak cakap apa, tapi sekarang dekat kfc, #kanguadahkatagua
akan update juga blog nih. handewww. 


Sunday 13 April 2014

#RASA

Rasa ni kian dipendam kian dirasa sakitnya,
awalnya belagak biasa, tp malangnya malam ni semua rasa bagai tak terluah, .... entah mengapa
sayu , pedih, perit, penat, happy. ye hampir semua rasa !!

kau penah rasa tiba tiba sayu, penah rasa macam bersalah dengan semua orang, penah rasa yg selama kau hidup ni, kau nothing !! kau tak guna untuk semua org, tak beri kesan pada org. kau penah rasa ??

tapi entah kenapa dan mengapa.. segala rasa itu menjadi pada hari ini, depan semua orang, depan mereka yang tidak pernah lihat aku begini. dimalam final exam. ahhh bodohnya bila dikenang.

tapi maaf juga,, aku juga manusia .. meluah rasa.

mungkin ini harinya, didepan semua. untuk kau yang melihat maaf, dan tahniah, kau telah pun melihat diri aku yang sebenar.

aku manusia, bukan robot yang tiada hati dan perasaan.

entry ini bukan untuk kau tapi untuk aku. #muhun

Friday 4 April 2014

Khas untuk El-aiman

Kehadapan entry kali nih untuk hampa, kalau hampa baca jgn pi sembang dengan orang lain noh, malu kami. bukan pandai pun nih berblog. hehehe

insyaallah nak wish "ALL THE BEST" untuk el-aiman sebab final exam dah nak dekat, buat elok-elok, kali nih potensi sangat besar untuk dapat 3.00 above, insyaallah, aku nak nasihat banyak pun aku lebih kurang je, tp nak ckp, nak bg semangat tu melonjak tau lebih dari nak ckp untuk diri sendiri. errrr paham ka ? 

okey mmg handeww, kami yang ada nih meng"support" anda dari belakang, atleast buat family hang gumbira, Umi , dan KC. 

Oldebest aiman, yakin dgn Allah tau. Doa utk aku sekali.. dah tanak bebel banyak kali, meh baca gambar bawah nih . keep fightingggg




Tuesday 4 March 2014

Usia 20 tahun ? Moga lebih Indah, Sahabat

Alhamdulillah, Allah bagi juga kesempatan untuk rasa nikmat di umur 20 tahun. Sekarang, dah pukul 1.00 pagi, Entry kali nih Khas buat Naemah Ramli , Alhamdulillah, Selamat Hari Jadi, walaupun aku tak kenal kau lebih dekat dan dalam, aku harap kau dapat capai apa yang kau impikan.

Dengan ini juga aku nak nyanyi untuk kau, "Allah selamat kan naemah, Allah selamat kan naemah.....Allah selamat kan Naemah binti Ramli.... Allah selamatkan naemah....." teng teng teng.
background music dia lagu negaraku ye. Muhun berdiri tegak. tangan disisi. heheh

Naemah,
Moga kuat melangkah dan jangan kenal erti lelah, aku tahu kita manusia biasa, tapi kan kita punya hati dan jiwa.. *for sure kau tak paham kan. erkk. .
Aku sentiasa dekat belakang.

Terima Kasih Naemah.

*BUKAN GAMBAR SEBENAR : )






Saturday 1 March 2014

"Cerita Cinta Ahmad Ammar"

Alhamdulillah, Allah izin dalam kekalutan dapat juga beli buku nih even masa tu hanya ada 2 stock je lagi. hewhew nak beli online, hmm lambat. 

Harapannya, harap dapat sesuatu yang luar biasa dari penulisan ini, biarlah bait bait kata menyentuh hati, biarlah setiap langkah nya membuatku rapi, biarlan setiap perkara kebaikannya aku ikuti. 

bila menulis dengan hati, org yang membaca juga akan sampai ke hati, dari hati ke hati, 
suka untuk petik ayat dari cover buku ni 
" Dunia biarlah berpenat,
Akhirat tempat aku berehat. "

Assalamualaikum.




 


Thursday 27 February 2014

Posmen Posmen


Salam sejahtera, moga sihat kehendaknya.
Malam ni anak abah nak ckp sebentar sahaja, kerna hari hari yang telah dan akan dilalui sgant tenat dan berduri, all those thing make me sick, but this is my journey, my life, Allah tentukan,
Then pejam mata, tarik nafas,, apabila celik, ku berharap jumpa sang mentari. hmm analogi nya sangat berbelit.

Untuk sebulan yg akan datang nih, ive been busy, program, classes, study,, and final. i feel the difference for this semester, ohh my.

hurmm anak abah juga jumpa geng dekat KTD. omg mmg tak sangka gila la boleh jumpa dia dan suka benda yg sama. hmmm and ohh baq hang. heheh

Last, sorry for the all merepeks dekat atas. saja nak hapdate, bye. Salam.

Saturday 8 February 2014

Professional always ahead. # how ehh ?

Maaf, dari awal ini aku mahu katakan yang aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi maaf juga kerna aku tidak bisa juga mengawal kewarasan dan kemarahan aku. makin lama aku rasa makin sakit, makin sakit melawan segala penangan dan tomahan orang, biar pun ianya berbau wangi atau busuk. tapi untuk ini aku harus siapkan diri, kerana.... esok lusa akan ku berjumpa dengan yang lebih dasyat. mungkin dialam pekerjaan. macammana nak ungkap semua ni ???? ......

Ya jika bisa aku mahu jadi org yang professional, pandai memberi cadangan, menjawab soalan, mencabar diri. aku juga mahu menjadi orang yang boleh menbuat keputusan. hmmm mungkin juga aku ada kebatasan utk semua itu. how ehh ?

Wednesday 5 February 2014

Kehadapan Bintang

bintang sayang , rindu sangat dekat korang nih, entah kenapa ,

Sebuah kisah tiada hujungnya. #Allah


  
Wahai diri bangkit, wahai hati sedar,
 wahai minda cerdas, wahai tubuh cergas.
 Ya Allah andai aku adalah manusia yang hanya separuh untukmu
 maafkan aku , 
andai diri ini pernah lari terpesong, diri ni sangat lemah, tiada sokongan dan harapan.
saat orang sekeliling melihat aku kuat, sebenarnya aku lemah
masih lemah untuk jadi hambamu yang baik.

Sejenak waktu, terkadang, mata dan minda ini tidak pernah terfikirkan akan kekurangan ini, tapi saat kau uji dengan cara mu yang tidak pernah aku jangka, diri ini tersedar, aku tak baik, aku lemah. kecewa. kecewa dengan diri sendiri. 

sekian kalinya juga aku sering menyalahkan takdir, akan tetapi sering juga ada angin yang membawa kabar untuk bersangka baik dengan Allah. 
Allah, susahnya nak bersangka baik dengan kau. Bagaimana? aku sedang mencuba mencari bagaimana ................

Seringkali juga aku bermimpi untuk jadi baik, bagus bukan jika bermimpi, TETAPI
maaf ianya bukan realiti, malah realiti lebih dasyat.

Hari ni , bukan sesi meluah perasan, maybe i should give and take, how? who ? 
tidak larat mahu mengukir senyuman, malah palsu pun mungkin sudah tidak bermaya. 

Sedar yang aku hanya diuji dengan perkara yang kecil, tetapi ianya cukup 
memberatkan jiwa dan raga.

Aku kini sedang mencari ruang-ruang kehidupan, sedang ingin membesar di kalangan hambaNYA. sedang juga belajar bagaimana untuk hidup alam yang bagi aku arus kehanyutan sangat kuat. 
Sedang juga mencari saat malam untuk aku mangabdikan diri.

Thursday 16 January 2014

Cerita Kedai Kopi

Assalamualaikum, selamat pagi semua, harap la ann kali ni nak post menjadi sebb dah byk kali dah , type type type delete delete delete. huh  hahaahah alhamdulilah Allah yang Maha Besar masih beri kesempatan untuk kita duduk dimuka bumi nya lagi, bukan tu aja, byk lagi nikmat-nikmat yang kita masih boleh rasa pada hari ni, contohnya nikmat bernafas, berjalan, hewhew moga kita jadi diantara orang- orang yang bersyukur dengan nikmatnya.

Harapan harini semoga semua pekerjaan harini terlaksana, bumi kelantan harini cuti, uolls dan pagi yang sangat baik harini. hari ni pagi tak terasa mengantuk like before, huh susahkan orang "busy" nih. sekarang kawan-kawan semua duk panggil macam tu, meh anak abah nak cerita, actually, bukan busy saja saja, kenapa jadi macam ni semuanya ketentuan Allah, apa yang Dia buat mesti ada hikmah hikmah yang tersirat. jadi anak abah ni pun tak boleh nak cakap apa dah. muhun anda anda semua membantu saya. alangkah bahagianya saya.

Pagi ni juga, aktiviti pertama adalah, Zumba!!! OMG zumba , sbnarnya, tersenarai sbgi once of their gangs, but busy sampai tatahu depa duk training bila. SO today , im willing tu Zumba NOT lumba, & lets work out !!!!!. Dan Allah izin tahun ni banyak pegang jawatan, bukan nak bangga tapi diri ni rasa masih mampu nak buat, masyaAllah, permulaannya tahu berat rasa yg ditanggung , sakit, penat, tapi bila ingat balik kata-kata hamba Allah nih , " harap saja bukan saya yang pilih awak, tapi Allah, saya ni sebagai pengantar shj " Subhanallah. Walaupun saya juga masih bergelumang dengan dosa, Dia tetap pilih saya untuk menjadi seorang manusia bukan sia sia atau saja saja. dan ada juga kata-kata seorang sahibah, " ORANG YANG MEMPUNYAI MASA ADALAH ORANG YANG PANDAI MENGURUS MASA" . then mari berfikir, kita masih ditakuk lama atau susah berganjak.

seriusly im home sick, dear dad and mom , anakmu ini bergelumang dgn test sbelum pulang. Doa kan daku . hewhew




Friday 3 January 2014

Happy New Year and I....HOME sick

I MISS 
My Dad
My Mom
Brothers 
and 
Sister
Grandma
Grandpa
Cuzzie
and 
HOME.