Tuesday 4 December 2012

GiveAway by La NIAR

Assalamualaikum , 
harhar aku sendiri tak percaya yang aku join contest nih, 
selama nih aku dok tengok je orang lain join, tapi sebb tengok give away 
kali ni jubah , cantik sangat. awwww seriusly. 

So tak la harap sgt dapat , tapi if dapat *speechless oh maiii



Wednesday 28 November 2012

Talking to the moon lah sangat ...

Yawnnn Assalamualaikum malaysia. 

Disini hasrat sebuah janji tidak ditepati, yeahh sebenarnya aku ada ckp dekat entry sebelum nih yang aku akan update blog bila dah cuti sem nih, tetapi ianya bualan semata-mata. aku tak pun mengapdate blog aku. Dan harini , aku terrajin nak update walaupun, citu dah berada di akhir akhir tetapi alhamdulillah cuti aku penuh dengan aktiviti. Dan alhamdulillah juga kawan kawan aku ramai yang dah nak masuk belajar.

Yeahh harini , Malaysia vs Loas menang 4-1 , huhuhu cayalahh malaysia. Ramai jugak yang kecewa sebab malaysia kalah dengan singapura 0-3 dihari lepas. Ramai yang kutuk bagi, tapi harini tengok lahh macam mana dieorg bermain, yang datang ke stadium dari 35 ribu orang merosot sehingga hanya 5ribu orng sahaja yang datang menyokong disana. So mana yang lain , aku nih lain lahh mmg jaoh nor nak g, huhu. Tapi bola sepak nih mmg satu permainan keramatkan. So harap HARIMAU MALAYA masih gah dan utuh untuk game selepas ini. huhu dan wan zack haikal adalah nama salah satu yang jadi trending dekat tweeter.hahah. *buat muka mcm lisa dlm crita istanbul aku datang masa tgh update blog. puihhh hhah

Aku nak cerita, tadi baru je aku selesai otp dgn @bellaroslias , haha punya banyak dia nak cerita ,  okay okay aku dengar , samapai aku nak cakap pun dia main potong potong hah puihh. So aku lebih banyak mendengar dari berbicara. ermm sabo jelahhh ,hahah 

So bella dah pun masuk belajar dekat uitm dungun, ermm alhamdulillah, tade lahh banyak masa yg terluang untuk dia terus berjimba , ahakkk tuihh  in shaa allah. So 1 dec pula siti akan berangkat ke perlis. huhu ermm mesti payah gila baq hang nak contact dgn dia. huhu tapi untuk masa depan jangan fikir kawan , kalau fikir juga mmg tak berkembang lah kau. haha bila belajar nih aku mula sedar pasai masa depan . moga aku lebih tabah dan kuat untuk harungi kehidupan ini. cewahhhh

Act banyak benda nak cerita, masa cuti ritu ada jugak aktiviti yang aku join under classmates aku dulu. hee so biar gambar yang berbicara , berehhh ??

 Panching waterfall *mandimanda 
 
 After mandi , makan time
nextday* Futsaa weyhh , haha

Dan gambar hang out tak ade pada aku , hee , nyw thank semua sbb ada masa untuk kita jumpa sekali. hee love much <3



Lastly people, please join us pray for gaza, even we cannot do anything atleast give the du'a . Semoga Allah sama-sama melindungi kita. Berat matayang memandang sebenarnya.

So Malaysia selamat malam, moga esok allah bagi pelangi untuk kita . in shaa allah

Friday 16 November 2012

Hati ni bukan kuat sangat. Kadang-kadang rasa macam...

bukan sekali tapi dah banyak kali aku rasa macam nih , ohh saat macam nih mmg aku kesorangnya, evan ada parent , dieorg tak penah nak selami hati anak anak muda nih, dieorg pikir dieorg punya rasa je, ish astarfirullah. okay sorry bukan semua macam tuh, semuanya bergantung atas pemikiran parent korang. macam aku lain , parent aku tidak hirau kan kiteorg sgt, kau nak buat ape buatlahh , janji tak lari dari hukum dan tak mengaibkan keluarga, alhamdulillah aku nih masih punya iman yang ciput nih , jadi aku tak lah terjebak dengan geng geng yang koya dekat kuar tuh, bukan aku nak aibkan parents aku kat sini tapi  sorry lahh aku tatahu nak luah kat sape, aku tatahu nak ambil semangat dekat sape. tolonglahh ngerti kalian semua. kadang-kadang aku cuba untuk merendahkan diri kepadaNYA, tapiaku rasakan berat sangat, susah untuk aku rasa dekat dengan Dia, Ya Allah Ampunkan hambamu ini. Ya Allah bantulah aku dlm menarik keluargaku kejalanmu ya allah, Yeahhh tu lahh parent aku , sibuk dgn hal sendiri, even waktu sekolah dulu pun until now semua benda aku yang urus sendiri, bila dirujuk , semuanya tak memberansang kan aku, aku nak sesuatu yang boleh tetap kuatkan semangat aku, dan boleh tetap buat aku berdiri sebagai hamba Allah yang sejati, tetapi aku masih belum punyainya, Ya allah hanya kau yang berkuasa lagi maha mengetahui.

Aku yang masih terumbang ambing ni pun belum terurus , ni nak jihad ajak family sekali , ya allah berat aku nak tanggung, tapi aku alhamdulillah allah tu gerakkan hati aku untuk gerakkan hati hati mereka. terima kasih ya allah , aku hanya bergantung kepada mu ya allah, satu usaha telah aku lakukan, aku sedar masih banyak yang aku perlu lakukan. ya allah. bantu aku .

Monday 12 November 2012

Suara Hati.

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah , tuhan maha kaya lagi maha esa yang telah menggerakkan seluruh jasad dan hati untuk terus kekal dibumi kelantan. Syukur yang tak terhingga kerana aku masih lagi dapat bernafas ditempat yang mungkin ditempat lain tiada dan berbeza budayanya. Saat ada yang menanyakan kenapa boleh masuk KTD ? mana tahu ada KTD ? wow soalan nih buat aku fikir panjang sangat nak jawab. yeahhh sebab keputusan aku untuk masuk disini bagai lembu dicucuk hidung, aku dilamar oleh makcik aku untuk masuk KTD dgn dua orang kagi cousin aku. yeahhh semua positif, then aku dgn serta merta said "yes , sure " . Bila aku dah smpi sini baru aku terpikir, mcmmana aku boleh buat keputusan nak masuk sini? aku rewind balik waktu waktu seminggu sebelum tarikh masuk , aku rasa aku tak penah pun fikir panjang pasal nak masuk ktd, aku macam hilang ingatan pada waktu tuh. nak nak yang buat aku tak sangka , aku nih basic katering, tapiboleh ambil cos akaun, ohh mase tuh mmg aku tak terpikir. gahhh tapi aku bersyukur sangat sebb tuhan tu tunjuk jalan aku dekat sini rupanya , segalanya banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar,

Hidup aku kini, berpandukan pada yang satu, dengan bimbingan dari orang sekeliling aku . hidup aku bagai lenyap bila aku tak dapat pengisian pengisian dari saban waktu. semua ni bimbing aku takkala aku sedang kesorangan mencari diri yang telah lama sesat jauh. untuk memperbaikinya perlukan masa , serta persediaan mental . Dari sudut hati aku ,aku tak mahu aku berhijrah sorang-sorang, aku mahukan seluruh family aku turut serta, tapi bukan mudah , aku prnah cuba , alhamdulillah ada perubahan, tapi aku tak mahu ianya sekerat jalan. aku hanya insan biasa, tuhan berikan aku kekuatan untuk sam-sama pusing belakang untuk bawak meraka sekalli menuju syurga. yeahh tapi itu lahh, bila yang baik kita lakukan dikatanya buang tebiat,
tapi aku yakin tuhan tuh selalu bantu aku , selalu ada, selalu beri aku kekuatan. 

Aku kembali rapat dengan dunia aku yang dulu, bukan mengapa, dalam diri masih utuh, insyaallah, tapi demi menjaga hati sahabat sahabat aku turut serta dalam acara mereka. Maaf kami bukan selincah mereka yang hapir tidak kenal halal haram , kami masih waras. cuma pergaulan sepeti menjadi perkara biasa , aku cuba untuk menjaga ketika bersama mereka, tetapi aku tidak dapat mencegah kemungkaran dgn tangan apatah lagi dengan percakapan, aku hanya boleh berdoa supaya mereka cepat sedar , bukan apa, aku tidak mahu dipulau kan oleh mereka, aku tidak mahu dikata "wow dah macam ustazah" aku tidak mahu berubah sampai satu tahap org boleh gelar aku bergitu, cukuplah untuk aku tahu dan menjaga apa yang perlu . Aku juga ingin menjaga hati semua , akan ku cuba sebaik mungkin, dalam alu melayari dunia dengan benda baru, aku juga masih teringinkan untuk mencuba benda baru, yang mungkin akan menyerongkan pandangan umum. ohhh patut kah aku teruskan? ?

Thursday 1 November 2012

Attention.

ATTENTION

Dear people, ehemm ehemm blog bolog ni aku dah tukarkan link nya, rasa macam gatai je nak guna yang lainkan so aku dah tukar dari 'ohgadisdenganvespa' kepada " thegadisisnoma.blogspot.com " heehee . Buat masa ni aku masih tak berkesempatan nak update kasi vogue lagi ,,*muntah * sebb masa tak brapa nak free , then skg tgh final . huhu doakan aku deyy :D So rasanya bila aku free wewaktu cuti sem nanti , baru lah perasaan menghapdate tuh tinggi sikit. Sekarang sesangat-sangat malas :e blablablbalablab dah dah bersurai sekalian kamu. beta mahu menunaikan solat. ayuh ..

Thursday 25 October 2012

Telegram Khas #Raya Korban

Kehadapan buat keluarga dengan ucapan salam sejahtera dan selamat hari raya korban.

Buat pertama kalinya, aku membuat keputusan untuk tidak pulang ke rumah untuk berhari raya bersama, kerana exam around the corner . hek hek macam serius je bunyi. tapi sebenarnya aku pun turut takut untuk melaluinya. Buat keluarga jangan sedih okay, after final ni , akan ku balik secepatnya insyaAllah. Biarpun tahap kerinduan sedang meresap kedalam diri nun jauh disudut hati , dan kadang kala rasa ingin menangis tapi aku kuat kan semangat dan aku terus melalui masa itu dengan hati yg tenang dan lebih terbuka. InsyaAllah dengan izinnya .

Untuk malam raya ni, aku masih lagi tak call family dikampung, yelahh atleast kita kena lahh call jugak kan . uhukkk okay satgi nah :D ermm tadi baru lepas chat dengan abang. "along rindu aku tak ?"balasnya " rindulah sangat " bohhh sampai hati , hahaha tapi aku tahu sedangkan dia sendiri malu untuk bertanya sebegitu . huhuhu :D

Buat teman, kawan . Selamat Hari Raya okay , geng exam dah dekat , raya raya jugak tapi exam tuh babe. after exam baru syiok cuti lame ehh .

till here,, aku tana buat ayat sadis lelebih  konon feeling sangat . hahhaha . Salam sejahtera semua.


Wednesday 10 October 2012

Bagaimana sekarang ?

Bagaimanakah keadaan aku sekarang?

aku masih leka , tadi abah call , tanya pasal balik raya or tak , aku kata aku tak balik , aku dgr suara abah makin perlahan , ermm sedihh dekat dalam nih , tapi aku tahu kalau aku tanya mesti abah nak control ayu depan aku . ermm abah abah , bukan apa , boleh je nak balik tapi masa tuh tak berapa nak izinkan aku untuk balik , dgn finalnya . Ohh cakap pasal study week , mmg ada je yg balik , tapi depa nih mmg comfirm akan balik study dekat rumah, wallahualam, tapi aku , aku sgt risau takot aku lalai. Tengok macam sekarang, aku dah susah sikit nak arrange masa , nak study pun aku masih boleh main-main. Dan tengok macam sekarang lagi , aku masih online. Abah duk kata, erm tape kalau tak boleh balik, nanti dah habis final balik lahh, So let say if aku masih macam sekarang dan sampai ke final mmg sia-sia je aku dekat sini. Nanti untuk pointer brapa sgt yg boleh dapat. Ermm sekarang mmg senang sgt bila nak bercakap , tapi tang nak buat tuh belum tentu , aku tak pandai nak konsisten pada diri. huh sedehhhh. Aku harap lepas nih aku sentiasa beringat. Mereka selalu buat aku jeles dgn aktiviti mereka , kekadang rasa kenapa dgn aku? kenapa tak sesibuk dan serajin dieorg? nak teriyakkk .


Tuhan je tahu macam mana perasaan aku bila esok ada test BM aku tak attend sbb sertai program yg turut sama menyumbang markah untuk aku. ahhh mmg rasa down sikit , tapi apa boleh buat , aku bukan doreamon , ada macam-macam dalam poket dia  dan boleh minta jadi orang kedua untuk diri akukan. Aku tak boleh nak belah badan aku untuk pergi ke 2 tempat dalam satu masa. ahhh ya allah kau kuat kan aku .

Pernah sekali aku di uji , aku demam 3 hari dgn panas yg agak teruk, ditambah dgn , pening kepala, lenguh badan, dan hilang selera makan. Aku rasa down gila sbb aku masih tak boleh nak handle pembelajaran aku . aku masih lemah , tapi aku masih tak bertindak , hanya bibir rancak menyampaikan kata tapi apa aku buat ? tarakk apa -apa . untill now, perkara tuh masih berlegar dlm kotak fikiran. apa yang aku buat ? apa yang aku buat ? tapi saat aku , down gila, sampai terlintas dalam fikiran " aku nak berhenti " ohh bila fikir panjang lagi, "ohh tidak" once aku dah masuk, aku tak boleh nak undur, sbb aku dah datang kesini dgn harapan dari abah mak, along, mak sedara dan semua sekali , terutama buat abah mak dan tok. Tapi aku masih lagi kuat semangat . Sampai sekarang , perkara nih buat aku rasa macam-macam. buat aku rasa "Masih ada tanggungjawab yang tak dilaksana" sampai sekarang !!

Sekarang apa yang aku buat , cuba untuk konsisten pada diri sendiri. Aku yakin tuhan itu ada sentiasa.

Keep it up noma :D

Monday 1 October 2012

N E T B A L L- permainan perempuan

Assalamualaikum, wallahhh , harini asrama menganjurkan netball secara sukaan dan relaan . huhu dari subuh tuh aku bangun mmg set nak tiduq tapi depa boleh masuk bilik ke bilik untuk memanggil . uhhhhh bingit telinga hahaha walau apa pun aku senantiasa memberi sokongan. HOHOHO padahal aku mmg tak reti main pun serius , dari sekolah rendah aku masuk tak pernah terpilih hahah yelahh sbb kaki aku tak statik, masuk sekolah menengah, lagi lahh aku tak join terus netball, mmg buat sakit hati jahh , yelahh kaki aku masih tak statik. huhu then sejak dari itu aku terjebak dengan handball. huhu handball syok sikit sebab dia ganas sikit , tak macam netball sikit-sikit kena berhenti . Kaki kalau statik baguslahh , kalau tak kan dah buang masa bagi geng sebelahh. ehem ehem , nama pun netball , mmg perempuan jah yg main , stakat nih aku tak pernah tgok lagi lelaki yg join netball, kalau ada wallahulamm :p

Pagi nih dgn bermalasan , hehe terus pergi gelanggang, wahhh selebettt gila . harhar kalau bagi aku main dalam satu-satu posisi tuh, mmg aku tatahu posisi tuh dekat mana, hehehe so aku tanya lah org . buat malu je tapi still nak main, haahah dengan belagaknya aku turun padang , padahal yg aku tahu tengok orang sebelah . wehhh tapi korang jgn salah sangka, jgn igt mereka-mereka ini bermain dengan penuh sopan dan santun jehh ,,, heheh act dalam kesantunan ada keganasan , wohohho aku pun terkejut, nyaris-nyaris nak kena backhand tadi . hahaha

Dengan aku yang baru nak warming up, dah kena breakfast awal-awal dgn ina aka bedah . Sekali kena kepala aku mereng jap ohhh . Korang yang dah terror tuh mesti bestkan. Aku rasa nak duduk je dekat atas tiang gol tuh , dok tolak bola tuh kebawah semula . hahaha .

Ermmmm ,, act aku rajin pula nak menghapdate blog nihhh , dah buruk dahh , kalau org masuk boleh kena jangkitan kuman maybe , heheh korang doa-doa kan lah untuk aku supaya aku tersgt rajin untuk menghapdate blog nih bagi cantik , *cantik lah sgt. * bunyi cengkerik.

Seperti gmbar diatas , im still not in love with netball , whahahah buat sedap je update gmbr tuh . hehehe tapi insyaallah kalau aku still dgn permainan nih selama 3 tahun dekat sini insyaallah pandai lah aku , hahaha tapi  serius rindu gila dengan handball. ade sejarah ohh melekat pada diri , mujur bukan jari manis wa yg kena kalau tak mmg tak merasalah nak bernikah bagai. hahaha :p

Walaweiii, lupa nak cakap selamat pagi uolll , huuhu hari tada kelas , mmg syiokk lah sgt kan tapi aku still tak hantar assig titas . hahah :p tengok lahh sat gi sat gi ke . huhuhu Syukur sebab hari masih bernafas  . Ya allah kau permudahkan segala-galanya .

Seriusly rindu dekat vespa aku dekat rumah, dekat sini ade je nmpk vespa tapi tahan nafsu nak pandang lelama ,sat g kena saman pulak dgn tuan vespa , mungkin perasan igt aku nak ejas die hahah :D ternyata kat sini masih banyak yang menggunakan vespa , vespa old School right :D boleh dak ampa semua bayangkan retronya zaman itu .. bak kata sahak dan vespanya ,
"Vespanya pula definisi sebuah kenderaan sebuah zaman silam di mana manusia lebih tenang menghadapi trafik di jalanraya dan kaum wanita di Malaya masih boleh berbaju kebaya sambil duduk bersimpuh menunggang skuter."

walaweiii retronya :d huhuh okaylahhh penulis nak pergi mandi , ahakkk :d happy tuesday. 

Sunday 30 September 2012

MEMO baru.

Hi Assalamualaikum,
Apa habaq, huhu aku kat sini alhamdulillah makin sihat dan sihat sihat . *huhu nmpk tak penekanan kat situ * haha okay back to topic, no ideas coming out . huhu tapi sekarang KTD dilanda musim final examm ,,, uhhh final exammm wehhhh final exammmm ehhh , rasa nak teriyakk kuat kuat boleh dak? KTD ada rooftop kan , macammana nak naik rooftop tuh ? wehh jgn salah faham , aku nak teriyak jahh bukan nak terjun mati pun. wat lex aku waras lagi. Hohohoho

FINAL EXAMM huhu aku masihh sgt rilex ketika ini , ohhh tidakkk kalo ayahanda dan bonda tahu pasti kena syarahan free , tuh tak masuk lagi dengan nenda aku yg sorang nihhh , lagi berdesing telinga, tapi apa-pun , mak abah ghinduuuu ,,,, pstttttt sedihhh nanti orang balik ehhh . sabaqq sabaqq sebulan je lagi. hahah buat drama free pulak . Dahh lap lap ayak mata , sat g lebam pulak mata tuh .

Okay okay , hari ni wa nak jadi blogger bak kata aiman, blogger tak boleh malas atleast update sekali seminggu, huhuhu mmg sejujurnya aku malas lahh aiman , ohh dan mmg saja nak mention nama kau kat sini, saja buat hot , hahaha macam lah kau baca . kah kah tapi kan bila idea tuh ada mmg jari nih nak tercabut dahh menaip, idea yg ade pun kekadang berlari-lari kesana sini minta dizahirkan di blog . huhu bebel pulak aku dekat sini. ehemmm hahhaha

Huh en.redha ada twitter dak ? uhhhhahhaha act aku still tak buat draf tuh , 2 minggu jeh lagi tinggal , alamakk kenapalahh dipa semua dok undi aku , huh mcmmana nak buat draf tuh , siyess tanya cik google pun die jawab meraban . mmg nak kena hempok . nt kau !!

Okay okay nmpaknya smpi sini jah , depa dukk keras jugak nak ajak aku p PT. amenda nak cari tatahulahhh , ohmaigad. huhu nak makan aescreammm . hahaha nak ikut ? jom bayar sendiri. lalalala
bye assalamualaikum .

Thursday 6 September 2012

Selamat Hari Lahir .

Tanggal 2 September genap umur ku 18 tahun , bermakna makin berginjak dewasa aku kini, tapi duniaku kini seakan kanak-kanak kecil yang masih ingin bermain dan berlibur. yaaa itu khilafku, 2 September juga , aku menerima sms , dan ucapan dari rakan-rakan , alhamdulillah , masih bernyawa aku hingga ke hari ini, Terima kasih kepada semua.

Sepanjang hayat aku, tak terlintas pun di akal fikiran untuk menyambut birthday, sebb setiap kali hari lahir mmg tiada apa-apa sambutan. lagi pun aku dah biasa tak sambut birthday tapi tidak semestinya orang seperti aku tak mempunyai impian untuk itu. Aku punya perancangan sendiri, tapi semua itu masih jauh , perancangan untuk 3 tahun lagi, in sya allah , dengan izinNya.


Hari ini, kejadian yang akan tersemat dijiwa aku sepanjang hayat aku, apabila first birthday celebration tiba-tiba terdengaran ditepi telinga. wahwah macam nonsense jah, yeahh, mmg betul pun. hari ini seniors asrama semua komplot prank kan kami semua, even kena dalam reramai , yang membuatkan aku menitiskan air mata sebb kek harijadi pertama untuk aku, dan celebration yang pertama untuk aku .

mungkin kedengaran ganjal tapi itulah apa yang aku lalui. walaweiii, mmg speechless gila lah aku , dalam ramai-ramai aku antara dicop budak yang paling banyak melakukan kesalahan. mmg gugur jantung , mati akai semua ada , tapi telinga aku nih memang tak silap dengar lagi , antara ayat yang buat aku sentap jap " kesalahan yang paling besar yang korang nih telah lakukan ialah sebb hari lahir korang bulan 7,8,9 ." astargfirullah mmg tuhan je yang tahu perasaan aku masa tuh , menitis air mata perkara yang pertama yang tak ku duga. 

Alhamdulillah , perancangan allah tuh lebih baik kan, semoga allah juga memberkati kalian semua, dan senantiasa dilimpahi rahmat dan berkatnya, wallahualam, terima kasih jugak atas doa-doa kalian semua yang mendoakan aku, hanya allah saja yang dapat membalas. masih terbayang lagi detik-detik tadi, rasa bagai dilahir kan semula .

Hari bersamanya ...



Assalamualaikum, alhamdulillah sehingga hayat ini, detik ini, aku masih diberi peluang untuk bernafas dan mengzahir kata disini, alhamdulillah juga hampir detik ini aku masih merasa nikmat dunia disamping masih mencari, tercari, dan segala cari-cari lah dunia akhirat. alhamdulillah mukaqdimah yang agak loqlaq telah dizahirkan. hahaha

* puhhh puhhhh * aishh jangan salah sangka, bukan nak halau jin nihh, nak tiup habuk, berhabuk dah blog nihh, almaklum , hamba busy pergi menuntut ilmu, tak ku sangka tak ku duga, sampai sarang lelabah pun belambak. huhu , tapi takpa , blog nih tak lari kemana pun tapi serius walaupun aku tuan punya blog nih , aku tetap rasa macam , walaweiii , bosannya blog aku, header tak tukar-tukar, background yang mengundang sebak didada, huh sakit mata . Kalian semua, doa-doakan lah utk aku supaya aku dapat luangkan masa bersama blog nih . alaa tototootot :) kah kah , btw sekarang pun curi-curi jah , kebetulan maghrib lambat lagi, heheh astargfirullahaladzim. ^^

Alhamdulillah , baru jah habaq , azan sudah bahhhh, huh "sudah lah kau noma , berhenti lahh ngonlinenya noma, solat itu bahhh." hahahahh teriak sorang budak sabah nih. huhu time running so fast , rasanya macam baru semalam jah berkenalan dgn mereka-mereka nih , rasa macam baru semalam jah , datang kelantan , rasa macam baru semalam jah blajaq "simple interest" pulakk keluar pulak tajuk Business Math. whaahhahha ermm subjek nih tough ohh, campur account lagi , walaweiiii , huh bab kata Amir khan dalam crita 3 idiot, "All is Well " Yeahh semuanya akan baik. in sya allah. Aku kat sini kadang-kadang rasa macam malas blajaq , aku pi tonton hindustan,, dop pong koreann, ahhh sumpahh aku layan bulan lepas jahh, tuh pun 3 kali jahh, ,, kuat betul dugaan nak blajaq , tapi bab tonton korea tuh mmg korang pun buat kan, nak nak yang girls nih . huh tok sah habaqqq lahhh, comfirm depa semua dop buat juga. loklakkk. hahaha , huh sat naaaaa kami nak tunaikan kewajiban dulu. Ayuh mari bersamaaaa ....

Alhamdulillah , selesai kewajiban untuk hari ini, bacaan yasin tadi alhamdulillah menghilangkan segala penat dan gulana gundah dihati, ehh ehh kita nih asyik bercerita tak perasan pulak, angpa semua dah makan kah ? dah minum kah? dah mandi ? *** uhhh busuk , hehehe eh angpa semua sihat kah  ? kami kat sini sihat jah , alhamdulillah kui kui ,

ehh ehh lagi , angpa semua nak tahu cerita dop? walaupun aku orang pahang, serius , loghat pahang tidak kedengaran disini bha, yang loklaqnya aku duduk sini pun duk pakai loghat sabah dengan utara ,, huh tapi serius aku selesa duk loghat kedah dekat sini. huhuhhuhuh bahagianya rasa :) tapi bagai rusa masuk kampung, **ehh macam tak kena jah , peribahasa tuh, * bila sampai jah kuantan aku jadi speech less , ohh mmm jayyy.
kuikui , dan seperti hari hari sebelumnya aku masih makan nasi bungkus , walawweii bukan nak cakap muak , tapi dah sangat bersyukur dah , walau pun hanya nasi putih dan ayam sebagai alas di perut, huhu bila balik kuantan aku ghindu nak makan lauk malaya macam tuh, huhuh bila aku dekat sini aku duk ingat telur dadar. Mak, apa khabar? harap sihat senantiasa, mak, jangan makan benda yang lara* bunyi lembu. * jaga kesihatan tahu. ^^

Wahh , tak sangka , aku masih punyai masa lagi duk hapdate belog nih , padahal , ehhsaihment menunggu bederet mengikuti langkah ku, pasai belajaq aku alhamdulillah , boleh tahan lah , sedang-sedang saja . ya allah permudahkan.

Huh nmpak nya jari-jemari pun makin mengecut , huh bukan main air pun jari nak kecut-kecut tapi sebab rancak menari-nari diatas keyboard nih . huhu Akhir kata , Selamat malam, selamat bercuti . 

Thursday 23 August 2012

The right ones.

Kini ianya tak mampu di zahir kan dalam bentuk lisan, atau pun penulisan, tapi ini mungkin....

" Ya Allah, jika aku bukan tulang rusuknya, kikiskanlah personanya dari mata dan hatiku"

^-^

Sunday 12 August 2012

Salam Rindu Serunding Daging.

Assalamualaikum, alhamdulillah bertemu lagi kita kan , heheh title entry tu yang tak boleh blah tu, ala ala gediksss gitu. eeeuuuwwww aku bukan apa nak cakap gedik jaoh sekali tapi tatahu lah penilaian korang macam mana kan. whahaha dengan pilunya sekarang tengah selesema, uhhh terseksa alhamdulillah setakat 2 hari ni cuaca redup je. Terima Kasih Ya Allah .

Sebenarnya nak ucap salam rindu buat orang kuantan , huhu nanti kan kepulangan daku. dan doakan tau. Hah korang-korang pun yang nak balik tuh hati-hati , selamat pulang dan selamat sampai. Salam rindu jugak nak ucapkan buat rakan-rakan , yang jaoh dimata tapi sangat dekat dihati . Selamat hari Raya , mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Aku juga manusia tak lari dari buat kesilapan.

Dan apa kaitan dengan serunding daging??? serunding daging makanan faverot ayah aku , oh oh please ini tiada kaitan dengan #fizoomar atau #serundingfizoomar yang sedang meletup dekat #twitter. hihi actually dulu abah selalu order dengan kawan die , tapi bila dah bersara dah lama tak beli. So hikmah bila aku further study dekat kelantan nih , serunding dekat Pasar Siti Khadijah tu mmg banyak. So kiriman pertama oleh abah aku sahut dengan bangga . hahaha

"Makkk abahhh tunggu kepulangan anakmu dengan serunding daging dari kelantan". huhu

Dan yang ni aku nak ucap Selamat hari raya buat kawan aku yang sorang nih , aku tatahu lah dia baca ke tak , minta maaf bebanyak atas kesalaha aku . harap kau tak kecil hati . #ikhwan.

Assalamualaikum , Selamat Malam.

Thursday 9 August 2012

Random WORD.

Assalamualaikum,
sedar tak sedar kita semua sudah melangkau ke fasa yang ke-3 dalam bulan ramadhan, dimana lebih senang untuk difahami, 10 malam terakhir. Agak sedih sebab ramadhan akan melabuhkan tirai dengan secepat ini. Orang kata 10 malam terakhir ni bagus diperbanyakkan amal ibadat. insyaallah dengan izinnya kita akan rasa nikmat dibulan ramadhan ini. wallahualam. Tapi dalam kesamaran malam ini, aku terpanggil untuk meluah kan rasa di sini. tetapi kali ini lebih kepada menjadi diri sendiri . Insyaallah. Dengan sengaja menyedarkan diri , aku naik muak tengok blog aku yang dari dulu hingga sekarang dok grupa tu jah. Bosan lahh , erm sekarang masa sangat mencemburui dimana aku penuh dengan kelas dan pelbagai aktiviti walaupun dibulan ramadhan , disini kamu masih menjalankan aktiviti yang dapat memuhasabah diri dari masa ke semasa. Ada tadarus, ada qiamullai, ada iftar jamaie, ada banyak menda yang dapat guide aku kat sini. huhu pada masa yang sama aku bersyukur kerana ditempatkan disini. Insyaallah.

Okay tukar mood, malam ni sepatutnya aku kena tidoq kat surau sbb nak buat qial, tapi aku decide nak tidoq kat bilik nt baru aku pergi. lalalal~ dan je aku tengah menaip nih , mmg dah rangka , aku nak tidoq lah lepas nih, tapi geng bilik ajak layan movie hindustan kejap , ape kebenda namanya aku ta ingat , yang aku tahu dalam cerita nih , ada yang dok nyanyi lagu ABCDEFGHI JKLMOPQRSTU XYZ . lalalalalala~ hang pi cari sendiri cerita apa .

Last but not list * ehemm ni lecture aku selalu guna , actually aku pun tatahu kenapa , tapi dia suka cakap , dah macam tagline die . * huhu aku nak cakap untuk diri aku dan rakan-rakan , tiada apa yang dapat mengubah seseorang otu melainkan dirinya sendiri. Insyaallah , tambahan dalam bulan ramadhan nih , lagi banyak pahala yang kita dapat collect , insyaallah.  Apa yang aku cakap ni, banyak yang berdasarkan pengalaman yang aku lalui, sesungguhnya hidup ini sungguh bermakna . wallahualam.

Mak rindu , tak sabar nak jumpa. Doakan anakmu ini mak .

Saturday 4 August 2012

Ujian setiap orang itu pasti ada.

Assalamualaikum , 
Alhamdulillah selesai terawih untuk hari ini,  korang macam mana ? Apa khabar ? Alhamdulillah noma sihat, harap semua sihat. Huhh memang sihat sangat la duduk sini, hari-hari aku jumpa nasi dgn ayam , almost everyday dengan menu yang ni je , komperm balik kampung nanti perkara ni akan jadi perbualan. lalala~~

Minggu lepas aku dengan kelam kabut buzy dengan kelas dan test . Test alhamdulillah minggu lepas sudah aku langsai kan 3 sekali gus. Cuma next week aku ada satu lagi test titas. harrrr killing gile bab membaca nihh . terkojoi aku . Tatahu lahh macammana result yang dah lepas tuh , result nya akan dihantar kepada ibu-bapa kat kampung . aku harap sangat ayah aku tak bace . haha lalalala~

Hermm cakap pasal test , test dari Allah tu lagi dasyat . Alhamdulillah setakat ni aku masih lagi kuat untuk menghadapi . Allah tu tidak akan memberi dugaan yang kita tak boleh tanggung. thats mean aku masih lagi boleh tanggung. Kadang-kadang mmg menguji kesabaran sungguh tapi bila fikir balik , untuk apa nak saja-saja sakitkan hati sendiri . huh . Ya Allah kau bantu lah aku , tunjukkan jalannya ya allah . lembut kan hatinya, permudahkan segala-galanya. hurmm . 

Sampai masa tibanya waktu untuk aku berundur . Semoga daku tabah.

Thursday 26 July 2012

Salam Ramadhan Kareem ....Allahuakram .

Alhamdulillah , hampir seminggu umat islam berpuasa, moga puasa kali ni lebih membawa rahmat kedalam diri setiap insan dimuka bumi Allah ini . Akhirnya juga aku mengantukkan takkala aku gigih juga memperjuangkan mengepostkan entry untuk malam ini , walhal petang tadi sudah aku taip, tetapi entah gi mana hilang segalanya . aduhaiii . Berjuang dulu baru shahid . Moga Allah berkati setiap langkah dan perbuatan ku . Gerimis hujan sedang rancak turun menghujam bumi , bunyinya menari-nari ditelinga membuatkan hati terbuai seketika . Aduhai.. Malam ini , seperti malam yang aku lalai hari itu , gelisah, dan tidak menentu menggangu fikiran . Anak mataku kian kabur, hanya menunggu masa untuk ditutup menandakan waktu tidur sudah melangkau jauh . Esok entah bagaimana nasibku . Allahuakbar ,, hanya kepadamu aku berserah diri , kau tetapkan lah hatiku , jangan kau sangsikan hatiku, jangan kau biarkan aku terus sesat ya Allah .

Salam Ramadhan buat semua. Assalamualaikum .
Sampaikan rindu ku buat teman, dan keluarga yang sangat dirindui saat ini . :))) much love .

Monday 16 July 2012

Surat versi moden ,


Assalamualaikum kepada selautan manusia dimuka bumi Allah yang Maha Besar lagi Maha Agung. Kehadapan surat versi moden ini aku utuskan buat kalian yang mengenali , huh kini peluh merenek sudah didahi (???) okay , Alhamdulillah hari ini , dan baru kini aku baru sempat hendak menjenguk ke dalam utusan blog ini , berhabuk dan bersawang sudah . Nak kemas pun belum sempat lagi, dikala ini pun daku hanya meminjam broadband dan laptop kawan aku yang baik lagi manis ini . heheeh

 Alhamdulillah kehidupan aku disini banyak sudah mengajar aku erti kehidupan , segalanya bagai satu mimpi apabila aku keseorang mengharungi liku-liku kehidupan sebagai seorang mahasiswi dibumi Allah , ditanah cik siti wan kembang Kelantan. Tiada apa yang aku ingin kesali sesaat aku menjejakkan kaki kesini. Ternyata Allah maha mengetahui segalanya, mungkin juga doaku dimakbulkan . Alhamdulillah takdirku sebagai mahasiswi ialah di Kolej Teknologi DarulNaim Kelantan. (tak pernah dengar?? Tunggu apa lagi ? google now) lalalallala ~~~ 
 
Kini julai telah pun menginjak ke pertengahan usia, kurang beberapa hari umat islam akan menyambut kedatang bulan ramadhan al-mubarak . Sesungguh aku rasa ramadhan kali ini sangat bermakna , susah nak di takrifkan dengan kata atau pun lisan , ianya bagai satu perasaaan yang aneh kala ini . Moga ianya membawa kepada kebaikan. Belum pun sempat ramadhan datang menjelma , aku rasa dah tak sabar nak sambut Raya Puasa . huhu cehh wahhh man lagi penting ? kikiki Semoga ramadhan kali ini membawa seribu makna yang tak terhingga kepada semua muslimin dan muslimat . 
 
Aku hanyalah manusia yang sama-sama membuat kesalahan, ampunkan aku andai terkasar , tersinggung, terasa dan sebagainya . Maafkan aku ye kawan-kawan sekalian . Moga kita sama-sama mendapat hidayahnya .

Perasaan rindu kepada keluarga dan kampung halaman sangat menghantui ingatan saat ini , nak je terus balik pergi ke kuantan tapi itu bukanlah perkara mainan , ermm andai ada pilot yang di sebelah ni nak tolong hantarkan . okay juga . hamba terima dengan seikhlasnya. Hahahaha btw , Kolej kami mmg berdekatan dengan lapangan terbang , so tiap kali aku keluar dari bilik , pasti ada pendekar(pilot) dan burung gergasinya naik kea wan sana , terbang tinggi meninggalkan tanah . Kalau lah aku bias terbang bersama-sama (ermmmmmm ^-^ ) . huhu  

Doakan aku sejahtera disini , maaf atas penggunaan kata dan bahasa yang mengarut ni , penulisan ni dari hati yang sangat mengarut dikala ini . huh penat sudahh jari ini lincah menari di pentas keyboard . Semoga hari ini lebih berkat , dan setiap hari bagaikan sejuta mimpi , huhu faham tak ??? actually aku pun tak paham . hehehe Akhir kata , mak abah noma ghinnndduuuuu. Waaaa . Dan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak . Assalamualaikum .





Saturday 23 June 2012

Kini ku Mahasiswi :)

Assalamualaikum , alhamdulillah aku kini seorang mahasiswi , kini hidup aku berubah dari masa kesemasa , dari hari ke hari aku mencari sesuatu yang baru untuk dipelajari dan apa yang perlu diterokai . Alhamdulillah biarpun keputusan aku ke KTD macam hangat-hangat tahi ayam , tapi setelah aku jejak kesana berbagai-bagai fenomena dan perasaan yang terbit dihati takkala itu .



Kini pegangan ku hanya satu , persis moto yang KTD guna " Ngaji biar panda , Prangai biar J'juruh , Hidup biar boleh tupe " . Doakan aku selamat dan dapat berjaya dengan segulung ijazah , biar pun baru ambik diploma . gahgahgah . Akhir kata aramaiti .

Tuesday 29 May 2012

Malam yang merungkai segalanya .


Andai bibir bisa mengatakan apa saja , 
akan aku tuturkan sehingga segalanya terluah , 
tapi malangnya , didunia ini aku bukan keseorangan ,
aku bersama kaum keluarga sesama islam yang sibuk mengejar 
dunia dan akhirat .
Didunia ini masih ada hati yang perlu aku jaga , 
ada hati yang perlu aku bela , ada hati yang perlu aku berikan perhatian , 
tapi malangnya , hati aku siapa yang tahu , ya tiada siapa yang tahu kecuali 
Allah s.w.t . 
Orang luar sangat sibuk mencaci maki , sangat sibuk mencari 
kelemahan orang , tetapi 
di kain sendiri terpalit tahi yang sangat busuk 
sebusuk hatinya . 
Hati aku sangat kuat , sangat kuat sampai mengalirkan air mata 
sangat kuat menepis gelora dijiwa . 
tapi imanku belum mantap , ya Allah tunjuk kan jalan mu . 
Andai kaki bisa melangkah jauh , ingin aku jauh dari kehidupan yang sia-sia
ingin aku langkah terus menuju jalan ke jannah , tapi apa daya aku , 
aku hanya seorang manusia yang masih mencari haluan hidupku .
Andai sahabat aku dunia akhirat , KAU redhai lah dia , 
kerana hanya sahabat yang betul-betul sahabat sangat mengerti aku . 
Meskipun aku bukanlah sempurna , tapi aku mengharapkan 
dia adalah sahabat yang terbaik untukku . 
Jika ini jalanku yang menuju jannahMU, KAU jadikanlah ia , 
sampaikanlah aku kesana , Jejakkanlah aku kesana , 
jika dengan orang lain aku perlu mencari jalan itu , ketemukanlah aku dengannya.
Ya Allah , sesungguhnya aku masih lalai . 



Thursday 10 May 2012

Gambar seribu satu memori . [ part 1 ]

Assalamualaikum ... orang cakap segalanya bermula daripada hati kita , kata-kata yang lahir daripada hati ni indah , kadang-kadang sampai susah nak tafsir , kadang-kadang sampai menyentuh hati . apapun biarlah niat dihati ikhlas dalam sebarang kerja . Hari ini bergitu pantas berlalu , hari ini akan jadi semalam , dan esok akan jadi hari ini , begitulah seterusnya , tapi apa yang pasti kenangan semalam tak mungkin akan aku lupa , sama seperti kalian semua . Pasai rindu tok sahh cakap lahh , bila aku tengok semula album-album lama sewaktu kita bersama , woahh sangat indah , dan aku ingin semula mengecapi saat tu , tapi sayang saat itu hanya aku dapat semaikan atau abadikan dalam sekeping gambar . Masa tuh aku rasa hubungan kita tak patut sampai sini , mungkin salah aku jugak , tapi tak kan lah aku je yang kena sedar ? what about you , erhhh , setat haritu , ego aku mula meninggi , tapi dengan harapan ada yang akan memulakan dahulu , agar hubungan ni tak terus lesap , hilang dan terus hilang . Memori lalu sangat membuatkan aku menjadi ahli pemikir . Adakah aku tidak harus menjadi sebegini , adakah aku perlu berterus terang ? adakah aku yang patut meleraikan kekusutan ini ? walhal ini semua terjadi dengan sendiri , terjadi dengan perasaan cemburu yang kian menyesakkan mata dan minda . Entah mengapa aku kian asyik melihat foto-foto yang pernah kita ambil , sewaktu kita asyik menerokai dunia , bagai tiada halangan yang datang sewaktu kita bersama , semuanya kita redah tak kira masa , panas dan hujan yang membasahi bumi . maka ini lah kenangan terindah yang aku sendiri rasa jika tiada kamu semua , aku masih tidak mengenal dunia , aku masih tidak mengetahui betapa jahatnya dunia , aku masih tak tahu apa itu erti sahabat . kini hubungan ini makin merisaukan aku , masihkan kita perlu belakon untuk menunjukkan kita sangat mesra. Tidak ! kini hubungan kita agak tegang , tapi aku bersyukur kerana ada yang masih menunjukkan muka , ada yang masih melontarkan suara .


sign out tetiba .

Monday 7 May 2012

May Mei .

"taip taip taip , delete delete delete , taip taip taip delete -- hilang punca . "

Salam sejahtera , itu lah situasi yang aku alami , arhhhh blank tapi akhirnya aku gagah kan jugak menulis untuk hari ni setelah sekian lama aku menghilangkan diri . whahaha hilangkan diri ? aku bukan doremon yang ada macam-macam alat dalam perut dia , dalam perut aku hanya ada usus dan sewaktu dengannya . Btw , apa khabar ? sihat ? aku alhamdulillah sihat , cuaca sekarang memang tak menentu , kadang-kadang hujan , kadang panas , kadang mendung . huhhhh . Banyak perkara yang aku tidak dapat zahirkan disini , segalanya penuh dengan kebimbangan , cukuplahh hanya aku sorang yang tahu , yeahh segalanya biar hanya aku yang tahu . Pengalaman aku banyak memberi impak yang besar pada aku sekarang , sekarang aku lebih berhati-hati dalam semua perkara . aku tidak mahu segala ego dan sakit hati yang dulu menjadi dendam buat hari esok . Jujurnya aku bukanlah seorang pendendam , malah untuk memarahi seseorang itupun bukan mudah untuk aku . 

Haihh budak sekolah nihh , aku bagi kaki kang , saje je balik balik sekolah , tanggal baju mengadap kipas , ahh mmg wangi sgtlah bau nya , ishhhh tahan terkentut-kentut dah aku nihh . blah lahh cepat . ggrrr 

Another great month , tak sabar nak tunggu beberapa date himpunan keluarga . wahhh mmg syok if dapat berkumpul dgn seluruh keluarga , tapi bila jumpa dan dan kena perlikan . ermm adat lahh orang hot ' pfffftt hahaha macam ape jea . Hai bila saya nak smbung blaja nih , bila ? Kawan lain alhamdulillah dah dapat sambung blaja . so goodluck . maybe sekarang bukan rezeki saya . till here , bye 

Assalamualaikum .

Monday 2 April 2012

Im back blogger .

Im back with a serius note . HAHAHA Okay minggu ni akan start kerja balik , so this time aku nak lebih berjimat-cermat, nak simpan duit nak masuk belajar , dulu aku tak pernah fikir pun , tapi ada sorang hamba Allah nihh telah menasihatkan aku , supaya fikir dari sekarang dan mula menyimpan , walau pun kerja hanya untuk beberapa bulan tapi sekurangnya kita ada simpanan kan . Terima kasih Ikhwan And sorry .

Now back to topic , entah apa yang berada difikiranmu , samada ianya betul ke tak  . Kejam sangat ke aku , sampai menyakitkan hati kau , niat aku berdiam diri untuk menjaga hati . tapi lama kelamaan hati sendiri yang sakitkan , ,yaa macam yang kau cakap " dalam laman itu ini berkata-kata, tapi diluar diam seribu bahasa " hah daripada orang diluar mendengarkan apa yang menyakitkan telinga , lebih baik aku diam seribu bahasa .Memangnya kau nak dengar ke aku memhamburkan dusta . HAHHAH dah ahh malas nak fikir , nt aku pulak yang sakit dan bukan aku sorang je nt , dengan kau kau kau kau kau kau kau kau kau sakit ,kan susah . Well Tahniah , semoga lebih berjaya . ermmm cerita belakang aku , aku halal . tapi yang menyindir-nyindir masa makan tu apa ? yeahh jujur apa yang disindirkan mmg aku tak dengar tapi infomer kata , sindiran tu bukan untuk dia tapi untuk orang lain , babe sapa lagi yang ada masa tuhh ? hah okay nmpaknya sebelah pihak dulu yang macam tak puas hati, so solve it . Now adalah lebih baiknya kalau tayah nak berselindung , just tell me the truth.

Huh lapo , nak p goreng kentang jap . Minum air milo baru boleh tido cepat , hahahahah

Aja Aja fighting . XDXD .

Wednesday 28 March 2012

Some Antique Stuff Belong Dad.

Bila bercakap pasal barangan antik , pasti semua orang memilikinya walaupun barang tu sekecil zarah ,ye lahh kebanyakkan yang disimpan jarang kita jumpa dan banyak sentimental valuenya . Contoh terdekat abah aku , abah suka sgt simpan barang masa die muda-mudi dulu , bukan tu je , if die pergi kedai lelong ke bundle ke if jumpa barang yang dulu-dulu mesti die akan beli then buat pameran dekat rumahh . Seriusly kekadang rasa macam ' alahh semak je barang-barang nih ' tapi bila pikir lagi , kekadang bangga jugak sebb aku ada barang-barang yang lama yang wujud sebelum aku lahir lagi . Sesiapa yang datang dan masuk rumah aku yang dekat pekan tuh mesti akan juling mata tengok , yelahh kebanyakkan barang yang abah simpan jarang jumpa di tokoh jamu atau apa aja , hahaha  let see some things . 


Piring Hitam , player pun still okay , so bila balik pekan , mmg jarang sgt-sgt mainkan piring hitam nih, bila mood abag teringat dekat barangan antik nihh hah time tuh lahh baru rasa macam dah hidup berpuluh-puluh tahun . Then aku mmg tak tahu nak main kan macammana dan mmg malas nak ambik tahu , haha 


Dan ini aku tatahu ayah aku jumpa kat mana cd yang besar berganda dari yang sekarang tuh , mmg boleh banding sgt lahh , tapi abah cakap disk yang besar tuh limited edition kot , sbb masa keluaran disk ni pun mmg sekejap je masa dulu , lepas tuh dah tada dahh , keluarlahh pulak yang saiz normal sekarang nihh . Yang nihh mmg buat pameran je , sbb nak mainkan pun tade player .


Next , yang gambar atas tuh , camera . Camera tuh still okay cuma abah cakap filem die mahal if nak beli zaman sekarang nihh dan mungkin dah tada , dulu time aku kecil ade lah jugak curi-curi pegang , huh berat jugak , then bila bukak die ada element suprise , hhaah bila nak tutup balik tuh yang susah tuhh mau terkepit jari nihh hah , perit jugakk . Yang gambar bawah tuhh , telefon lama dan piring hitam . time aku kecik dulu pun sempat jugak guna tapi tak lama sbb talian dekat rumah tok kena potong . hihi agak jam sikit lahh nak guna yang nihh , okay piring tuh pulak aku tatahu apa special nya dia sampai kena duduk dalam almari nihh . 

Huh kalau boleh aku nak upload semua gambar barang tapi aku apakan daya , malas sangat . Yang ni pun takat layan je . hihi so kalau rasa nak tengok yang lain , datang lah rumah aku . Hahah 
Till then.. Bye 


 

Monday 26 March 2012

Maafkan aku .


Maafkan aku wei , aku pun tatahu apa yang aku buat . Maafkan aku .

Wednesday 21 March 2012

Terukir dibintang dengan sederhana .

Assalamualaikum..
“Sayangku jangan kau persoalkan cintaku kepada mu , terukir dibintang tak mungkin hilang cintaku padamu .” lallalalalalalalal , Alhamdulillah segalanya baik dan beransur pulih . Terima Kasih Allah . Hari hari semalam berlalu cukup indah , pagi ku dikejutkan dengan bunyi yang menyakitkan telinga , tapi terima kasih wahai jam , “ tanpamu ku kan terlewat , tanpa mu ku kan sedih karena kau lah penyelamat yang akan sentiasa dihati , wooohho . “ bhaha itu kata Amir Jahari .
Seterusnya aku diasak dengan pertanyaan yang membosankan untuk dijawab , ahhhh “ noma kau ni selamba je kan , kiteorg tgh nervous bagai , kau rilex ,cool je muka , tade perasaan ke ? “ and yeahh aku hati kering sikit , “ Malas aku nak beriya selok nervous bagai , karang buatnya kecundang kan lagi teruk . so aku rilex je lahh ! “ Dan akhirnya ,seperti yang aku khabarkan , debaran kemuncaknya masa pengumuman , Alhamdulillah ramai sahabatku mara ke atas pentas , dan aku masih dengan muka yang aku sendiri tatahu , tapi dalam hati “ alamak, alamak , aku punya cammana ? haihhh “ Tuhan je tahu perasaan aku masa tuh .
Masa keputusan dekat tgn aku , aku terpikir satu je , apepun result aku , aku kena redha semuanya , Dan alhamdulillah result aku baik dan sederhana . Pada awalnya agak terkilan jugakkan , tapi alhamdulillah aku dapat kawal jugak perasaan nihh , Turut bangga jugak untuk kawan-kawan aku dgn keputusan mereka , yang pastinya kegembiraan mereka lebih terserlahh . Haihh bila terbaca apa yang kak Farah Lee post rasa terpujuk sikit , hhahaha
“Apa-apa pun keputusannya, pasti terselit hikmah Allah disitu. Always thank Him for this victory. This is just a beginning. Kamu boleh terbang lagi tinggi tapi jangan pernah lupa asal usul kamu dari tanah.
Result bagus bukan tanda kamu sudah berjaya menawan dunia, ia boleh jadi perangkap kepada kegagalan jika kamu terlalu sombong dan teruja..
Result kurang bagus bukan tanda kamu telah terbenam ke bumi, jika racun pun boleh jadi penawar, tidak mustahil kamu boleh bangkit terbang tinggi..”
-Farah Lee . Aja Aja Fighting
P3210322P3210325

P3210317
Okay ni lahh cikgu hothot saya , layan kepala cikgu nihh mmg best tahap gaban . Yang kiri , Guru kelas : guru katering kiteorg , Yang kanan tu Guru disiplin & guru seni . Sbb dieorg satu kepala kan , tengok baju pun sama , haha saya kredit subjek dieorg . Yang tak boleh blahh , kiteorg kena prepare hadiah , perggg cikgu siap list lagi , “ Handbag , Kain Pasang , Jubah “ Mak aii cikgu , mmg stock untuk melaram lepas nihhh . haihhhh insyaAllah lah cikgu ye .hehe


Hari aku diteruskan dengan sepetang bersama mereka , kami kongsi cerita ==’ , gelak bersama ,makan and so on  , dan yang paling meruntun jiwa, haha cewahh bukanlahhh . appreciated sgt sbb budak laki pun join sama , tak sangka dieorg yang beriya nak lepak dengan kite olang  maaa. bah bah bah  …

P3210349P3210355P3210358P3210368

Saat manis ini akan ku kenang hingga harihari terakhirku , mengenali korang adalah satu benda yang sgt indah , berkumpul dengan korang adalah benda yang paling ku nantikan , bergila bersama korang adalah satu benda yang paling gila , yang pasti bertemu dengan korang adalah saat yang paling tidak dapat aku lupa kan wahai kawan-kawan  . Terima Kasih kerana kongsi saat-saat manis ini bersamaku . Sampai mati aku ingat . InsyaAllah 

Salam Sayang Kawan  .

Monday 19 March 2012

Hampir sudah ..

vfds

Selamat Pagi Malaysia , yeahh Alhamdulillah hari ini aku bangun terlampau awal dan membuatkan aku terus terjaga dan tidak ingin berlena lagi . Agak pelik kenapa aku bangun begitu awal , seawal 4 pagi . Entah kenapa mata terus tak boleh lelap , perut pulak bergelek-gelek menahan lapar , yeahh baru teringat malam tadi balik rumah terus tidur , lupa yang aku tak sumbak ape-apa pun semalam . Ermmm umpama bangun untuk bersahur , aku bingkas juga kedapur untuk mencari apa-apa yg boleh dimakan . Mujur ada nasi , lalu aku hangat kan , waktu begini yang paling senang adalah telur dadar , ggrrrr menu sempoi janji kenyang , ohh lupa kicap sbgi penyeri masakan . hahah patut lahh makin legamm , haihhh . Adakah ini makan malam atau breakfast ? Ahhh bla bla persyaiton kan semua tuh .

Dalam kebingungan melayan kau yg tgh baca blog nih baru teringat yg aku cuma tinggal beberapa jam je lagi nak tamat kan perjuangan . macam yakin boleh je kan , Apa pun keputusannya aku redha , cuma ta dapat aku jangka bagaimana perasaan aku kelakk , mak aii . Tapi aku bagai mengejar masa yg belum tiba , iaitu esok , teringin sangat merasai bagaimana perasaan nya . Ahh nak jelaskan pun aku tak pandai , yang pasti hanya aku sorang merasai nya , taktahu lah kalau org lain .

Wahai rakan seangkatanku , waktu kita hampir tiba , esok adalah penentunya , Allahuakbar ! Jom doa ramai-ramai moga esok , hati kita tenang dalam menerima segala keputusan . Tapi aku rilek lagi , cuak tak timbul lagi , ggrrrr  Er adik aku ada tanya , “kenapa kau tak g masuk tingkatan 6 ? apelah berhenti sekolah , tak cerdik tau nanti “. “Eh eh kau nih , aku dah habis sekolahlah “ , “tipu , patutnya kau kena masuk smpi tingkatan 6 , baru betul habis sekolah macam aku nih , dah smpi darjah nam “ , “ eh eh kau nih , aku hempuk kang nak ?'” haihh aku tahu kau tak cukup lagi sekolah dik . Apa boleh buat mulut macam bertih jagung , tapi alhamdulillah lepas aku terangkan , then aku hempok kepala dia , baru lah diam . erhhh

Hari ni agak bosan  , tade plan , cuma petang nanti nak pergi pasar malam , jenjalan . Percaya tak , aku pergi pasar malam , yang aku akan beli adalah air je , yang lain aku takan beli . Sbb nt mak aku membebel , makanan kat rumah ade tapi sibuk pergi beli yang lain . membazir katanya . Redharedha . haihhh , Well my friend is coming back , tadi dia msg , dapat je msg die terus make a call , ggrr die dah ada dekat sini , excited norrrr .

“Abah nak buat lesen boleh ?” “ Lesen mende nak buat ?” “ Lesen Kereta lah abah oi “ “ Lesen kereta , hah ye lahh “ .. hermmm excited bukan main nihh , tapi sayang dah 3 bulan berlalu , aku masih lagi ta buat lesen . ggrrr dgn abah yang busy , smpai tak igt nak cara pasai lesen aku . ermm aku pun jadi malas nak tanya kat abah , tggu lah smpai die betul2 serius nak suruh aku buat . malas nak kacau dia , lagi pun sekarang ekonomi merosot sikit , utk kendurilahh , segala bil dan apa-apalahh . ……

Miss, please stop your writing because im really tired and need a rest . Please stop and Go away ! Awayyy !!!

Sampai hati . Kfine 

Sunday 18 March 2012

Coming Up Next..

 

  • Result SPM –>not ready yet , and not so nervous right now , will be so nervous 30 minute before get the result . Ergg Erhhh pray for me Send a kissand wish me luck Thumbs up.
  • Travel –> Still Planning , maybe I’ll go to Terengganu. Kami hanya merancang tapi Allah yang tentukan .
    Terengganu .
  • Ermm tunggu orang masuk meminang . HAHAHA

 

Errr Aslmkum . Island with a palm tree

Friday 16 March 2012

Imishu Kawan .

Kawan penghibur duka dan pencetus hiba , Kawan melayangkan senyuman yang aku sendiri tidak dapat mengerti maksudnya , adakalanya Kawan membawa kepada tangisan duka dan lara .
Kawan datang seketika , tapi pergi entah kemana , Sentiasa disisi namun seakan tidak bererti , ahh kosong , mencari sesuatu yang tak pasti , agar perhubungan ini masih kekal di satu sudut hati aku dan tidak sepi dimamah rasa kehilangan  , adakah salah aku ? atau … ahhh hapus lah dengki dan iri hati ini .

Ianya membuat aku terus terfikir , kawan mengikut acuan dan jalan yang tersendiri , ada kawan berduka , ada kawan ketawa , Ada kawan membawa ke akhirat  , dimana syurga tempatnya , ada kawan membawa ke akhirat , dimana neraka tempatnya . Penghuni neraka jahanam ,
Ada kawan datang ketika kita senang , pergi ketika susah , kembali datang bila susah . semuanya bagai menjadi adat , atau lebih senang lumrah hidup .

Kawan , cerita dan haluan kita berbeza , tapi yang pasti menuju jalan dan kejayaan yang sama , Mungkin hadir kau membawa hiba , Mungkin hadir kau memberi bahagia , Mungkin hadir kau mencarit luka , Mungkin hadirmu melukis senyum tawa , Namun setiap kamu sangat istimewa..

Makin tidak mengerti . Buntu . Aku rindukan kau Kawan ,, Maafkan aku . Jujur bukan berniat melukakan atau menghina sesiapa , tapi mencari apa yang terasa kosong . Kawan sgt bermakna bagi aku . Hapus juga benteng airmata ini walaupun telah aku tahan dengan benteng kesaktian . Maafkan aku . Doa aku agar segalanya terbaik untuk kau . Amin .

Thursday 15 March 2012

Windows Live Writer . :DD

Hi hi hi , okay aku excited sikit sebb kali ni aku publish post kat sini guna Windows Live Writer . Baru install , yakk tapi sesal jugak lah , sbb nya makin berat laptop wa . grrr  * sila kesat air mata .  Hah yg agak best nya tak payah nak sign in google , dashboard segala alah tuh untuk tulis entry baru . ergg ergg . hahah

njkio

ngrew

Okay sejak hantar laptop ni format , mmg okay lahh segala servis nya , dan lagi best abg servis ni pandai-pandai masuk kan Poocap Games , ahah bukan nak marah tapi terima kasih sbb macam-macam games ade . hah satu lagi die masukkan desktop background yang cantik-cantik . Tapi yang aku nak marahnya abg aku pegi install games bola . Makin menjadi-jadi lah lembabnya . aihhh .

Wow wow , sekarang tgh tgok Amukan Pocong dekat slot seram TV3 , macam seram je cerita die nih , tapi banyak kurafat . Tapi nak tggu sekali je pocong tu keluar , then lepas tu kompem aku tak tengok dahh . arhhhhhhh  Wa paling takut tgok pocong , even just gambar cartun or buatan org . Mudah sgt terbayang- bayang lepas tuhh . yakkk

Tiba-tiba sign out , ape cer ?

Wednesday 14 March 2012

Random Words

Assalamualaikum Cinta , cehwahh ayat ! Alhamdulillah aku masih lagi dibumi Allah SWT . Sesungguhnya aku masih tidak kuat , iman ku masih tidak kuat untuk aku harungi , ataupun ianya memang dari silap aku ? Subhanallah berikan petunjukmu * Amin . Sekarang semua pelajar dilanda musim cuti , so selain dari ibu bapak yang buat plan nak pergi holiday kesana-kemari , ramai jugak yang menbuat keputusan untuk pulang ke kampung macam aku , tapi Alhamdulillah sbb kampung aku dekat .

Oh btw , nak ucapkan Selamat Pengantin Baru untuk Syuk & Edy , emmm bia pun saya rasa awak takan baca blog saya nih , tapi saya tetap nak wish , sbb awak cantik sgt hari tu saya jadi blur/blank nak cakap . haha ayat nak nonsense je kan . Again Selamat Pengantin Baru untuk awak dan moga panjang umur dan dimurahkan rezeki ,and sorry gambar malas nak post . nt takut awak marah pulak . hehehe Alhamdulillah jugak sbb bila balik je kampung dapat berita ade cousin nak kahwin lagi , hewhew .

Okay sejak dah berkhidmat semula dirumah nih , proses tumbesaran mmg terjadi secara aotomatik , haha kau nak gelak ? gelak lahh wei . haha okay , harini saja dgn cuaca hujan renyai membasahi bumi dan angin yang bertiup sempoi-sempoi bahasa membuat kan selera makan menjadi-jadi hewhew . Naknak mak saya masak nasi minyak , waaaaa menyengat sekejap .

Okay sekarang sedang menghitung hari untuk menunggu keputusan SPM keluar . Entah kenapa org lain punya perasaan siap boleh berdebar , aku ? huh tggu 30 minit nak umum mase tuh lahh perasaan berdebar aku keluar. Sekarang nihh aku buat rilek je ,cehh wahh seminggu lagi , masih cukup lama untuk menanti , apa kata kita lupa kan . ujung-ujung baru kita kasi igt balik , --boleh ??

Siti NorHayati aku harap kau tunaikan janji kau nak balik kuantan isnin nih , kalau kau tak balik aku kerat kau 18 , dan jangan cakap dengan aku dah , okay dan kalau kau balik jum aku teman kau pergi tengok 7 Petala Cinta . uh excited nak nengok nih .  :DD Dan wahai Zulhelmi , lain kali nak ajak aku , kau kena makesure ade transport untuk aku eh , kalau tak baik tak payahh . Ermm untung lahh dapat pergi tapi tape nt kau kena blanja aku kan kan kan . hahaha

Okay sekarang tengah layan cerita hindustan dekat tv2 Kal Ho Na Ho , huh cerita nih paling sentap sekali tgok . waaaaaa . Dah penat dahh menaip nihhh , next entry maybe next week , wehheee lepas result pulakk . haa daaaa . Assalamualaikum rindu . huuu