Thursday 23 August 2012

The right ones.

Kini ianya tak mampu di zahir kan dalam bentuk lisan, atau pun penulisan, tapi ini mungkin....

" Ya Allah, jika aku bukan tulang rusuknya, kikiskanlah personanya dari mata dan hatiku"

^-^

Sunday 12 August 2012

Salam Rindu Serunding Daging.

Assalamualaikum, alhamdulillah bertemu lagi kita kan , heheh title entry tu yang tak boleh blah tu, ala ala gediksss gitu. eeeuuuwwww aku bukan apa nak cakap gedik jaoh sekali tapi tatahu lah penilaian korang macam mana kan. whahaha dengan pilunya sekarang tengah selesema, uhhh terseksa alhamdulillah setakat 2 hari ni cuaca redup je. Terima Kasih Ya Allah .

Sebenarnya nak ucap salam rindu buat orang kuantan , huhu nanti kan kepulangan daku. dan doakan tau. Hah korang-korang pun yang nak balik tuh hati-hati , selamat pulang dan selamat sampai. Salam rindu jugak nak ucapkan buat rakan-rakan , yang jaoh dimata tapi sangat dekat dihati . Selamat hari Raya , mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Aku juga manusia tak lari dari buat kesilapan.

Dan apa kaitan dengan serunding daging??? serunding daging makanan faverot ayah aku , oh oh please ini tiada kaitan dengan #fizoomar atau #serundingfizoomar yang sedang meletup dekat #twitter. hihi actually dulu abah selalu order dengan kawan die , tapi bila dah bersara dah lama tak beli. So hikmah bila aku further study dekat kelantan nih , serunding dekat Pasar Siti Khadijah tu mmg banyak. So kiriman pertama oleh abah aku sahut dengan bangga . hahaha

"Makkk abahhh tunggu kepulangan anakmu dengan serunding daging dari kelantan". huhu

Dan yang ni aku nak ucap Selamat hari raya buat kawan aku yang sorang nih , aku tatahu lah dia baca ke tak , minta maaf bebanyak atas kesalaha aku . harap kau tak kecil hati . #ikhwan.

Assalamualaikum , Selamat Malam.

Thursday 9 August 2012

Random WORD.

Assalamualaikum,
sedar tak sedar kita semua sudah melangkau ke fasa yang ke-3 dalam bulan ramadhan, dimana lebih senang untuk difahami, 10 malam terakhir. Agak sedih sebab ramadhan akan melabuhkan tirai dengan secepat ini. Orang kata 10 malam terakhir ni bagus diperbanyakkan amal ibadat. insyaallah dengan izinnya kita akan rasa nikmat dibulan ramadhan ini. wallahualam. Tapi dalam kesamaran malam ini, aku terpanggil untuk meluah kan rasa di sini. tetapi kali ini lebih kepada menjadi diri sendiri . Insyaallah. Dengan sengaja menyedarkan diri , aku naik muak tengok blog aku yang dari dulu hingga sekarang dok grupa tu jah. Bosan lahh , erm sekarang masa sangat mencemburui dimana aku penuh dengan kelas dan pelbagai aktiviti walaupun dibulan ramadhan , disini kamu masih menjalankan aktiviti yang dapat memuhasabah diri dari masa ke semasa. Ada tadarus, ada qiamullai, ada iftar jamaie, ada banyak menda yang dapat guide aku kat sini. huhu pada masa yang sama aku bersyukur kerana ditempatkan disini. Insyaallah.

Okay tukar mood, malam ni sepatutnya aku kena tidoq kat surau sbb nak buat qial, tapi aku decide nak tidoq kat bilik nt baru aku pergi. lalalal~ dan je aku tengah menaip nih , mmg dah rangka , aku nak tidoq lah lepas nih, tapi geng bilik ajak layan movie hindustan kejap , ape kebenda namanya aku ta ingat , yang aku tahu dalam cerita nih , ada yang dok nyanyi lagu ABCDEFGHI JKLMOPQRSTU XYZ . lalalalalala~ hang pi cari sendiri cerita apa .

Last but not list * ehemm ni lecture aku selalu guna , actually aku pun tatahu kenapa , tapi dia suka cakap , dah macam tagline die . * huhu aku nak cakap untuk diri aku dan rakan-rakan , tiada apa yang dapat mengubah seseorang otu melainkan dirinya sendiri. Insyaallah , tambahan dalam bulan ramadhan nih , lagi banyak pahala yang kita dapat collect , insyaallah.  Apa yang aku cakap ni, banyak yang berdasarkan pengalaman yang aku lalui, sesungguhnya hidup ini sungguh bermakna . wallahualam.

Mak rindu , tak sabar nak jumpa. Doakan anakmu ini mak .

Saturday 4 August 2012

Ujian setiap orang itu pasti ada.

Assalamualaikum , 
Alhamdulillah selesai terawih untuk hari ini,  korang macam mana ? Apa khabar ? Alhamdulillah noma sihat, harap semua sihat. Huhh memang sihat sangat la duduk sini, hari-hari aku jumpa nasi dgn ayam , almost everyday dengan menu yang ni je , komperm balik kampung nanti perkara ni akan jadi perbualan. lalala~~

Minggu lepas aku dengan kelam kabut buzy dengan kelas dan test . Test alhamdulillah minggu lepas sudah aku langsai kan 3 sekali gus. Cuma next week aku ada satu lagi test titas. harrrr killing gile bab membaca nihh . terkojoi aku . Tatahu lahh macammana result yang dah lepas tuh , result nya akan dihantar kepada ibu-bapa kat kampung . aku harap sangat ayah aku tak bace . haha lalalala~

Hermm cakap pasal test , test dari Allah tu lagi dasyat . Alhamdulillah setakat ni aku masih lagi kuat untuk menghadapi . Allah tu tidak akan memberi dugaan yang kita tak boleh tanggung. thats mean aku masih lagi boleh tanggung. Kadang-kadang mmg menguji kesabaran sungguh tapi bila fikir balik , untuk apa nak saja-saja sakitkan hati sendiri . huh . Ya Allah kau bantu lah aku , tunjukkan jalannya ya allah . lembut kan hatinya, permudahkan segala-galanya. hurmm . 

Sampai masa tibanya waktu untuk aku berundur . Semoga daku tabah.