Sunday 2 August 2015

Menjadi AKU

Menjadi aku itu tidak sesedap mata yang melihat, menjadi aku itu penuh dengan suram dan keceriaan, sama seperti enkau yang bernama "Hamba". Awalnya aku dibesarkan didalam keluarga kelas pertengahan. ade rezeki lebih, maka adalah habuan untuk aku. masih ingat lagi waktu abah mengajar aku mengaji, seringkali aku di sebat dgn tali pinggang. sekali lagi disebat dengan batang jorang yang halus, dek kerna aku bermain diluar pada maghrib hari. 

tetapi seingat memori aku, itulah kali akhir aku diaajar mengaji, sbb lepas tu, tok pula yang mengambil alih mengajar aku mengaji, mula sahaja cuti sekolah tak kira siang malam, pagi petang, abah akan menghantar aku ke rumah tok, meski pun pada hari sabtu dan ahad. Menjadi kanak-kanak pada waktu itu aku sangat teruja akan setiap barang yg abah berikan sebagai "habuan" untuk aku supaya mengaji di rumah tok.

apabila, menuju usia remaja, macam dan bagai orang yang aku jumpa dan membuat kawan, orang kesana aku kesana, orang kesini aku kesini, tapi abah jarang memberi izin keluar untuk waktu-waktu trtentu. kebanyakkan tidak melepaskan aku jauh dari kawasan rumah. jika dikut hati yang ingin bebas berjumpa syurga dunia, maka aku lah orang nya, sbb waktu tu aku hilang . aku lupa, aku tinggal semuanya. semuanya yang bernama "iman" kerna diusia remaja aku, takde orang yg membebel pasal sembahyang, takde orang yang ajar aku keindahan bersama tuhan. sehingga jika hendak dilabelkan aku, punya selangkah sahaja untuk menuju neraka atau syurga.

tapi walau setiap langkah aku, Tuhan selalu menarik aku, supaya aku tak jatuh ke mana mana jurang. syukur. hinggalah aku masuk ke satu institusi swasta, ya boleh dikata, disitu aku mengenal sebetul-betulnya tuhan, mengenal orang orang yg ingin menuju syurga, mengenal indah nya cinta cinta kepada Allah, cinta kepada manusia dan alam. hinggakan aku tidak mampu membuat kesimpulan demi kesimpulan, cantik aturan Allah, walau jauh ke Kelantan mencari ilmu, aku harap semua ini tidak sia-sia.

kini, aku berseorang menentang semua yang aku lakukan dulu, ingin meninggalkan semua perkara, ingin mengubah nasib keluarga, ya aku masih keseorangan. masih menanti apakah aturan yang seterusnya. moga Allah rahmati aku dan keluarga.

Saturday 13 June 2015

Ramadhan di Bumi Serambi Mekah.

alamak .. last seen dekat sini adalah 4 bulan lepas. lama juga.
start latihan industri aku mula tak sentuh blog.
alhamdulillah nak masuk ramadhan dah. kurang dari lima hari. syukur ..
moga Allah masih panjangkan umur kita, dan sentiasa memberi ruang dan peluang buat hamba-Nya.

aku mula buat trobek waktu menyambut ramadhan di kelantan, di bumi serambi mekah, bersama classmate, housemate dan soulmate(ehem) . ok . skg aku dah habis belajar, betullah kata org, pejam celik pejam celik je dah habis belajar. lepas ni entah apa la nak buat. skg ni duduk hadap office lagi cuba sambung atleast for one year as permanent staff.

ok sambung balik.

waktu puase dekat kelantan, baru first day puasa dah pasang lagu raya, kau rasa mood apa la waktu tu en, mmasa duduk rumah sewa, dapat turn masak hari first untuk puasa. pergh masa tu masak ikut dan je, sesiapa yang cuti puasa hari tu kene tolong merasa, hahah kalau tak mmg hancor, mmg berbuka semua lemau balik, tapi alhamdulillah dpt housemate tadelah yg berkira sgt pun tak, yg malas sgt pun x, sbb aku rasa aku la yg paling malas hahahaha. yang cerewet ada !! bab makan, hahaha dalam satu rumah ade 4 org budak sabah. depa suma xmakan bawang, ade yg xmakan sgt bawang pun hade.. jimat la kos depa, ketiak pun wangi je. hahaha bukan apa, dah kata siapa mkn bawang nt ketiak berbau. kah kah kah kah . sampai skg aku xpercaya pun. herher sbb ketiak aku wangi je . hahahaha ok back to topic.
first puase aku masa sem 3, masa ni satu sem aku duduk dgn pakcik sdare, masa sem 4 baru lah aku pindah rumah sewa dan dekat situ lah merasa puase dengan kawan kawan. herher.

 masa nih juga aku ade join satu kelab kelisa, (wakil rumah sewa) berbuka skali dgn diaorg, masa tu rasa macam masuk singgah sahur. sbb kami bawak makanan, berbuka skali, makan skali, solat skali. macam YB melawat kawasan pun ade sbb nak pancing undi. aku ade juga pergi berbuka puasa dgn salah satu geng NGO dekat mesia nih, pergh nasi arab makan dlm dulang, best gila situasi masa tu. yg x boleh blah, tukang ajak main ajak je, sampai kami pun main ajak je sesiapa yg kami kenal dan free, yg tukang ajak beres je even xkenal. hua hua. TAPI yang paling best adalah iftar jamaie dekat kolej, makan dekat dewan at-thaqafi, semua course diberi tugasan, semua baik main tolong-tolong, semua soleh, sesiapa yg rase nak cari bakal isteri or suami muhun la pi jenguk dulu kolej aku, cari dekat sana, hahaha

masa iftar jamaie, aku tolong basuh ayam, pakai cantik plak nak pi kelas, skali class batal, kena lah basuh ayam kat blakang, lepas basuh ayam tu ade meeting, dengan bau bau ayam tu lah aku pergi jumpa presiden kelab rekreasi, tp aku warning awal, "weh aku bau ayam ni, td basuh ayam muhun jgn gelak , please" tapi haram dia gelak jugek. hhahaha. yg syoknya iftar jamaie kat kolej, makan ramai-ramai dekat medan at-thaqafi, makan dlm kumpulan. satu kumpulan 6-7 orang. best ahh bagi aku.

tapi solat terawikh dekat ktd mmg ohsem, kalau x budak budak soleh yang bawa makmum, opkos depa (kolej) import dari negera pasir nuh, arab, haha. mmg bacaan panjang weh. aku bukan apa kadang tu culture shock bila bacaan panjang nih, haha. sbb org mesia nih pemalas. haha ok sorry .

tapi ramadhan kali ni, aku harap dapat puasa sepuasa-puase nya dengan family aku, aku tak harap banyak, tapi atleast ada peningkatan. "sesiapa yang berusaha, dia yang berjaya"
Moga Allah dengar hasrat ni.
dan aku harap dapat jumpa semua orang nanti <3

Ramadhan kareem.





Friday 3 April 2015

Monday 16 March 2015

RANDOM

asyik melayan hidup
asyik mengenang jauh
asyik berlagu jiwa.

sedar atau tidak aku harus dan tetap begini
bersama diri sendiri.

moga moga aku tak tersasar lagi.
sebab aku always a traveller
orang kata
jauh berjalan, luas permandangan
bagi aku tiap satu tu ada manis tersendiri

dan aku hanya perlu
lakukan,
rasakan,
ibrahkan,
& hidupkan

kawan aku cakap
"jadilah nak jadi apa pun, asalkan tetap ikut pada syariat dan perintah Tuhan"
masa tu serius rasa bahang mata. tp aku control lagi
aku igt dah takde orang akan nasihat aku lagi,
tp Tuhan maha kaya dia bagi juga sorang dua untuk tetap
memberi kepada aku.

ade sorang lagi cakap
"walau macammana pun kita, solat jangan tinggal. sebab solat tu penting"
agak terkesan juga sbb dia nih bukan rapat sangat
tapi entah apa yang membolehkan dia kata macam tu.

hidup kat luar, mmg banyak cabaran.
luar tu , luar dari lingkungan tarbiah.
kosong tu kalau dulu sikit pun xterasa,
tapi sekarang kosong tu sangat terasa.
bukan malas mencari tarbiah
tapi kat luar sangat banyak dugaan.
sampai kadang tu aku fikir
"kenapa tuhan tak izin ? "

Terima Kasih.

aku kadang tu tak mahu cakap banyak
sebab lidah aku tak bertulang, kadang tu 
tak pandai nak tapis tapis
jadi aku tanak gores luka dekat hati sesiapa
sebab aku cuba sayang kan semua.





Saturday 14 February 2015

bila gadiks !

lagat seorang gadiks ni susahnya kemain lagi 
hanya boleh terjadi diwaktu-waktu sukar, sebulan sekali, dua bulan sekali, lalu ini terjadi !
tak paham? abai. 

hampir hilang waktu seluruhnya sejak mula praktikal, hanya beberapa perkara saja dpt di lakukan, sangat beza dgn waktu dulu. hoyeahh masa mmg berubah. hampir juga perasaan diabai. nah ini yang sukar. 

saat ini, lagu jiwa "bunga angkasa" di radio. weekend begini aku lebih suka hanya dirumah. melayan perasaan. ini hobi baru. aku sendiri baru sedar, jika tidak aku diluar bersama bintang dan bulan, aku juga suka termenung. whaha hampir gila dunia aku. hampir hilang . 

semoga tuhan masih bersama aku, masih memberi rasa, masih memberi kasih dan sayang. tuhan jika tidak aku sampai kan ia nya padaMu , tidak pula pada mereka, kerna jauh. aku cuma berharap gadiks ini kecap bahagia dihadapan sana bersama mereka. 

mana mungkin aku lupa susuk tubuh yang memberi suka dan duka, yang memberi tawa dan lara, memberi senyum dan sedih, memberi makan dan minum, memberi hidup dan jiwa. aku rindu. hanya bertemankan kenangan buat aku.

tuhan, cerita ini mungkin jadi hambar, kerna aku bukan hebat dalam penulisan. walau dirancang walau disusun ia tetap engkau yang terbaik. tuhan, rindu juga sukar ditebak, sukar dilafaz, cuma ianya selalu bermain dilayar mata. 

tuhan, aku juga berharap yang terjadi hanyalah kuasa engkau untuk menguji. aku juga berharap yang benteng ini tidak akan pecah kerna suara dari luar, orang memandang bahwa yg ada ini hanya membenarkan yang salah, lalu bagaimana dengan ukhwah? silaturahim yang ada? aku masih lagi sedaya upaya bersangka baik, mendengar siulan orang, mendengar leteran orang, kerna walau apa pun ia tetap perlu diketahui dimana salah dan silap.

nah, aku tahu puncanya, tapi bagaimana dengan niat yang ada ? aku sendiri berperang dengan niat. hinggakan yang ada ini retak sebahagian. tuhan disini ada hati yang terluka, ada hati yg tak puas, ada hati yg sayu, ada hati yang sedih, dan ada hati yang rindu, moga hikmahnya yang baik baik saja. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Wednesday 21 January 2015

Cinta Melankolik.

moga kaki terus kuat berdiri,
moga hati lebih cekal hadapi,
moga diri tidak mudah lari,
moga semuanya indah seperti dijanji.

walhal ia tetap membadai, jangan jadikan alasan,
berpijak dibumi nyata, pasangkan jiwa keramat,
sematkan didada yang semua ini tidak mustahil tanpa Dia, Dia.

moga selalu berjalan menatap bumi dan seadaanya,
supaya tidak perlu dongakkan kepala walau sekelumit.
pendam dan padamkan api cinta yg sia-sia,
pendam dan padamkan api marah yg binasa,
pendam dan padamkan api gila yang menggila,
kadang tak perlu diluah amarahnya,
kerna masih punya sabar.
cukup tanam itu serta iman.

bercakap untuk diri sendiri yang kian lama hilang dalam arus dunia.
semoga melankolik terus bernyawa, jangan berhenti.

Thursday 1 January 2015

January 1, 2015

Alhamdulillah aku masih merasa January 1, 2015. 
Pengakhiran tahun 2014 sangat terkesan buat aku, sangat
entah.. tapi aku tanak hilang segala buah cinta dari tahun 2014, aku tanak. 
entah rindu apa juga yg merasuk untuk ke sini. kesini bercerita. entah.

Azam aku kalini masih berlegar. 
cuma berharap bahawa azam aku kali ni biar utuh, biar sampai, biar kena, biar padu pada jiwa. 
biar kena batang hidung sendiri pung takpa. ngeh3x

Yang pertamanya, antara yang telah difikirkan berbulan bulan, Cari Diri. mungkin juga perlu didefinisi dengan lebih mendalam, perlu lebih keras, perlu lebih hebat, perlu lebih baik mendalaminya. satu langkah yg aku dah pasti, aku kena call that number !! satu langkah yg menggerakkan semua azam aku yg satu ini. 

Yang kedua, after cuti nanti, nak ajak pi travel, habiskan contengan jalanan kita, habiskan cerita kita, habiskan masa kita. 

Yang ketiga, B for Bakti. dah kena start rancang untuk bakti ni. all the best noma. 

Yang keempat, aku nak gi Kelantan..... :( 

panjang umur insha-Allah terlaksana . sikit sikit pun takpa janji berterusan. 

all the best untuk diri sendiri noma

Selamat Tahun Baru :)